Tular gambar bersama sehingga timbul spekulasi sedang bercinta, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun menegaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nelissa Nizam.
Jelas Hariz, gambar bersama Nelissa yang dimuat naik di Instagram itu hanyalah sebahagian daripada strategi promosi filem Sahak Gangster.
Dia turut menegaskan idea untuk menjalankan perancangan tersebut datang daripadanya sendiri dan meminta Nelissa untuk bersama-sama melaksanakan strategi tersebut bagi tujuan mempromosikan filem berkenaan.
“Saya yang berkata kepada Nelissa untuk lakukan perancangan ini sebagai salah satu mempromosikan filem ini,” katanya kepada Gempak.
Hariz berkata demikian ketika menghadiri Majlis tayangan Gala Sahak Gengster di GSC Tropicana Garden, Damansara baru-baru ini.
Pelakon berusia 23 tahun itu juga tidak menyangka foto yang dikongsikan itu menarik perhatian ramai.
Menurut Hariz lagi, strategi ini telah membantu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menonton filem tersebut, di mana mereka berdua akan berlakon sebagai pasangan gandingan.
“Kami mula keluar dating itu dua minggu sebelum filem ini keluar di pawagam nanti. Waktu kami keluar dating, itu semua adalah untuk mempromosikan filem Sahak Gangster ini sahaja.
Sekadar info, filem Sahak Gangster bakal ditayangkan di pawagam bermula 9 Januari hadapan. Selain Hariz, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Mohammad Faizzal, Razak Ahmad, Chiwan, Azlan Komeng, Acong Sweetchild dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.