Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Tak Berhenti Buat Kami Bangga" - Nourul Depp Gembira Anak Terima Anugerah Dekan Kali Keempat

Asraf Aided
28/01/2020 05:49 MYT
Penyanyi Nourul Depp berkongsi foto 'throwback' bersama anaknya, Ayu Nazirah yang berusia sekitar tiga tahun ketika itu.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.



Pada masa yang sama, Nourul juga meluahkan rasa gembira kerana Ayu kini telah menerima anugerah dekan dari pihak universiti buat kali keempat.

"@ayu_ace masa itu tiga tahun rasanya dekat Redang atau Tioman.

"Anak kecil dah besar dah, tak pernah berhenti buat kami bangga dengan dia, lahirkan dia ke dunia ini pun dah buat kami bangga.

"Anak yang sangat baik, tak pernah menyusahkan atau menyakiti kami, kali keempat dapat anugerah dekan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Masya-Allah terima kasih atas nikmat ini, Tahniah @ayu_ace," tulis Nourul sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Nourul di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada Ayu atas pencapaian cemerlangnya itu.

@ayu_ace masa tu 3 tahun rasanya. Kat redang ka, kat tioman . Haaa muka @ayu_ace sama macam #isabelladepp kan?! . Terima kasih puan @zalikhazulhaimi yang hantaq gambaq ni Kenangan sungguh! . Anak kecik ni dah besaq dah. Tak pernah berenti buat kami bangga denagn dia. Lahirkan dia ke dunia ni pun dah buatkan kami bangga. . Anak yang sangat baik. Tak pernah menyusahkan atau menyakitkan kami. . Kali ke empat dapat anugerah dekan dari #unimas. MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih di atas nikmat ini. Tahniah @ayu_ace . Mama love you. . #deppfamily #thedepps #deppgirls #ladydepp #myfirstborn #firstdaughter

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Sekadar info, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada Februari 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.

Pada Jun 2012, Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
#Penyanyi #Penyanyi #Nourul Depp
;