Hiburan
Tak Berkelip Pandang! Ini Lima Anak Lelaki Artis Malaysia Makin Besar Makin Handsome
Kalau dah namanya selebriti sudah pasti ada antara anak-anak mereka juga turut menerima tempias populariti ibu dan bapa masing-masing.
Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Raut wajah mereka juga boleh dikatakan menyamai ketampanan dan kecantikan ibu bapa mereka.
Di Gempak kongsikan senarai anak-anak selebriti yang semakin tampan.
1. Andika Rees Pahamin
Mungkin ramai yang tidak tahu pelakon Azhar Sulaiman sebenarnya mempunyai sepasang anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Semakin meningkat dewasa, kedua-dua anak Azhar bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin ini makin mendapat perhatian kerana ketampanan dan kecantikan mereka.
Malah setiap kali Azhar memuat naik foto bersama anak terunanya, pasti pengikut akan memuji dan bertanyakan mengenai Rees.
Kalau nak tahu selain pasangan kembar ini, Azhar juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Kasih Leia Ixora.
2.Aaron
Memiliki wajah dan tubuh badan yang menarik, anak sulung kepada aktres popular 90-an, Norazah Aziz, iaitu Aaron pernah menjadi tular di Malaysia.
Antara yang menjadi bualan hangat netizen adalah wajah Aaron yang kini berusia 24 tahun dikatakan sama kacak seperti penyanyi antarabangsa Enrique Iglesias.
Selain Aaron, Azah yang telah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah semenjak 22 tahun lalu ini dikurniakan dua lagi anak iaitu Brian, 17 dan Justin 14 tahun.
3.Ian Haziq Macquistan
Anak teruna pelakon Jasmin Hamid, Ian Haziq boleh dikatakan mempunyai pekej lengkap dengan rupa, bakat dan juga badan yang menarik.
Kalau sekali imbas, dengan memiliki badan yang sado Ian juga boeh dikatakn persis seorang model profesional.
Sebelum ini Ian Haziq juga pernah tular kerana wajahnya yang kacak selain sering disalah anggap sebagai kekasih ibunya.
Selain aktif bersukan, Ian juga mengikuti jejak langkah ibunya dengan membintangi drama berjudul Patah Sayap Bertongkat Paruh.
4.Mohamed Danish Hakim
Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung pelakon Norman Hakim bersama bekas isterinya, Abby Abadi.
Walaupun baru berusia 17 tahun, begitu banyak pencapaian yang telah diperolehi Danish antaranya berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika usia mencecah 14 tahun.
Danish juga sebelun ini telah menyambung pengajian hafazan di Turki sewaktu berumur 15 tahun.
Selain Danish Norman dan Abby juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.
5.Fareez Hazwan Fauzi
Juara program Mentor Milenia ini merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi.
Ternyata darah seni yang ada dalam dirinya membuatkan Fareez berminat untuk menceburi bidang nyanyian dan lakonan.
Fareez juga sebelum ini pernah memberitahu dia tidak mahu dibayangi bapaya dan mahu memasuki dunia seni dengan bakat yang dimiliki.
Must-Watch Video