Hiburan
"Tak Bermaksud Nyanyi Falsetto Tak Bagus" – Amylea Azizan Tak Setuju Dengan...
Penyanyi dan penulis lirik, Amylea Azizan tidak bersetuju dengan pendapat yang mendakwa penyanyi yang menggunakan teknik falsetto seorang yang tidak bagus.
Berkongsi pendapat berkenaan menerusi Instagram Story, Amylea menjelaskan falsetto atau 'head voice' masing-masing merupakan teknik dalam sesuatu nyanyian.
Menurut Amylea, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri jika dapat melakukan dengan baik dan sempurna.
"Tak ada maknanya kalau menyanyi teknik falsetto maksudnya tidak bagus.
"Mesti diguna di tempat sepatutnya. Tak semua tempat nak kena tengking," katanya.
Terdahulu, komen pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi ketika menjadi juri jemputan program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) musim ketujuh menjadi perhatian warganet.
Menerusi persembahan Jatt Ali yang menyampaikan lagu Sumpah itu, Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil menganggap penyanyi 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) sekarang lebih gemar menggunakan teknik falsetto berbanding penyanyi 'otai'.
Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati apabila Pak Nil cuba membandingkan penyanyi lama dan baru.
Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah.
Good compliment from Pak Nil to Jatt the legend. Syabas #gegarvaganza2019— Ismail Md (@ismail3595) November 24, 2019
Pak Nil kata “new artist this this and this”. We still can compliment Jatt’s singing, you know, without picking the way new singer do their singing— kai (@SyahmiBrahim) November 25, 2019
Seeing how much paknil bash bbnu, i don't think its wise to let him handle another kids show. I thought he likes kids but apparently tonight he has proven otherwise #gegarvaganza2019— fangal (@fangalri) November 24, 2019
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Must-Watch Video