Gegar Vaganza 6

"Tak Best Kena Lawan Lagu Sendiri!" - Noorshila Amin Terkejut, Tertekan Nak Cari Kelainan 'Ahai Usahlah'

Amri Hassan
03/12/2019
04:57 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Noorshila Amin akui tertekan untuk menyanyikan lagu sendiri, Ahai Usahlah pada konsert kesembilan Ahad ini.
Kata Noorshila, dia turut terkejut apabila lagu yang diterbitkan pada tahun 1991 itu diberikan sebagai tugasan.
"Saya pun tak tahu kenapa produksi pilih lagu ini. Ia sangat susah sebenarnya dan bukan bermakna nyanyi lagu sendiri itu selamat.
"Yang tak seronoknya saya kena lawan daripada segi lagu itu sendiri, perlu buat lebih sedap daripada versi asal. Memang tertekan," jelasnya.
Biarpun buntu untuk mencari pembaharuan lagu ciptaan A. Ali itu, janji Noorshila dia akan cuba memberikan yang terbaik dalam persembahannya nanti.
"Lagu ini asalnya idea saya, kemudian diterjemahkan oleh A. Ali ketika itu mengikut irama padang pasir.
"Banyak nasihat diselitkan dalam lagu ini dan semestinya saya akan nyanyi dengan lenggok arab. Tetapi manalah tahu mungkin tiba-tiba nanti saya akan rockkan lagu itu?" tambahnya.
Kali terakhir Noorshila menyanyikan lagu itu sekitar lima tahun lalu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noorshila Amin Teruja Nak Jadi Nenek, Sedih Tak Dapat Sambut Kelahiran Cucu Sulung! - "Dah Sah-Sah Mama Tak Dapat Ke Sana"

gempak
04/10/2020
05:50 MYT
Tahniah Mama Shila!
Gegar Vaganza 6

"MasyaAllah Syahdunya Mendayu-Dayu!" - Netizen Puji Kemerduan Suara Hady Mirza Laung Azan, Minta Rakamkan Takbir Raya 2020

gempak
27/12/2019
03:45 MYT
Gegar Vaganza 6

"Saya Pernah Rasa Juara, Kalau Boleh Nak Orang Lain Pun ..." - Hady Mirza

gempak
24/12/2019
07:20 MYT
Gegar Vaganza 6

"Tak Gila Mic & Tak Terkinja-Kinja" - Netizen Puji Sikap Profesional Bos Susu Farm Fresh!

gempak
24/12/2019
03:12 MYT
Gegar Vaganza 6

"Jangan Marah Hady Mirza Tapi Terasa Lemahnya Juri Menilai Zat Bintang Naqiu" - Khir Rahman Komen Isu 2 Juara GV2019

gempak
23/12/2019
06:53 MYT