Tak Boleh Berniaga Malam, Ada Yang Cadang Gerai Burger Buka Waktu Pagi? - “Bolehlah Sarapan Sedap”
Pengumuman kerajaan berhubung waktu operasi perniagaan yang bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah mendapat pelbagai reaksi bercampur baur daripada netizen.
Ada yang bersetuju, namun tidak kurang juga tidak senang dengan tindakan berkenaan terutamanya memikirkan nasib peniaga kecil.
Walaubagaimanapun, di Twitter, ada netizen yang memberi cadangan terhadap peniaga yang sebelum ini berniaga pada waktu malam supaya bertukar kepada waktu pagi.
Antara yang dicadangkan adalah peniaga burger yang selama ini hanya beroperasi pada waktu malam.
“Aku rasa para peniaga burger yang full time meniaga burger dah boleh buka kedai dari pagi.
“Biar orang Malaysia sarapan pagi dengan burger. Buat la style breakfast barat sikit.
“Ada scrambled eggs dengan sosej ke,” kata seorang individu di Twitter.
Cadangan berkenaan kemudian ‘dibanjiri’ dengan sokongan orang ramai yang mahukan perkara itu berlaku.
“Ramai nampaknya yang setuju burger tepi jalan dijual pada waktu pagi/tengahari.
“So, kepada para peniaga burger yang meniaga burger sepenuh masa bolehlah sahut cabaran ni.
“Semoga kalian semua diberkati dan dimurahkan rezeki melimpah ruah,” kata individu itu lagi.
Apapun diharapkan pelaksanaan PKP 3.0 tidak menghalang peniaga untuk terus mencari rezeki biarpun dalam keadaan norma baru.
Buat peniaga burger di luar sana, adakah anda boleh sahut cabaran ini?
Sekadar info, operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kini dipendekkan kepada jam 8 malam.