Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Boleh Buang Air Besar 4 Hari, Nikita Mirzani Ubah Suai Tandas Penjara

Maliah Surip
13/01/2023 13:57 MYT
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani baru menghirup udara bebas selepas keluar penjara pada 29 Disember 2022 lalu.

Sempat menjadi banduan di Rutan Serang, Nikita baru baru ini berkongsi pengalamannya hidup dipenjara.

Selain mengaku tidak pernah membasuh baju atau memakan makanan penjara kerana semuanya dikirim orang dari luar penjara, Nikita mendedahkan telah melakukan pengubahsuaian terhadap tandas yang disifatkan ‘kurang memadai’.

Menurut Nikita, empat hari pertama dimasukkan ke penjara dia tidak boleh membuang air besar.

“Jadi saya tidak boleh buang air besar kerana keadaan tandasnya.

“Saya minta izin kepada pihak penjara untuk mengubah suai tandas dan diizinkan.

“Saya ubah suai seluruh tandas tersebut, termasuk ada perabot baru.

“Jadi sebab adanya saya pernah masuk ke situ, tandasnya jadi lebih bersih dan bagus,” kata Nikita dalam YouTube Crazy Nikmir REAL seperti dilaporkan CNNIndonesia.

Bukan hanya melakukan ubah suai pada tandas, Nikita mengaku tidak pernah mandi menggunakan air di penjara.

“Tak pernah mandi pakai air di dalam penjara, saya mandi pakai air mineral,” katanya lagi.

Selain itu Nikita juga berkongsi mengenai kegiatan yang dilakukan para banduan.

Katanya, terdapat pelbagai aktiviti disediakan pihak penjara seperti bersukan dan mengaji.

“Ada TV juga, ada di dalam kerana biar bagaimana pun namanya penjara pasti ada satu hiburan iaitu TV," kata Nikita.

Nikita Mirzani sebelum ini sempat disumbat ke penjara selepas didapati menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap seorang indvidu bernama Dito Mahendra.

Namun dia dibebaskan mahkamah selepas Dito tidak hadir ke mahkamah sebanyak empat kali.

#Indonesia #Nikita Mirzani #Penjara #Tandas
;