Laman Utama

"Tak Boleh Hidup Dalam Dunia Sendiri" - Liza Hanim Kongsi Nasihat Buat Pendatang Baru

gempak
Asraf Aided
06/04/2021
03:11 MYT
Sponsor Banner
"Tak Boleh Hidup Dalam Dunia Sendiri" - Liza Hanim Kongsi Nasihat Buat Pendatang Baru
Penyanyi berbakat, Liza Hanim berkongsi tips dan nasihat buat pendatang baru dalam industri hiburan yang mahu bertahan lama.
Menurut Liza, selain menjaga disiplin dan tingkah laku, seseorang artis baru itu perlu memiliki pasukan yang bagus untuk memberi nasihat dalam pelbagai perkara.
"Pertama sekali, sesorang artis perlu ada team yang bagus, jadi mereka boleh menasihati kita tentang apa yang perlu dilakukan oleh seorang penyanyi atau anak seni.
"Selain itu, kita juga perlu berkawan dengan semua orang, tak boleh hidup dalam dunia sendiri sahaja.
"Kita kena ingat untuk sentiasa merendah diri, kerana manusia tak sentiasa berada di atas," katanya.
Liza berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program televisyen baru-baru ini.
Tambah Liza, kerjaya dalam bidang seni juga elok dimulakan secara perlahan dan berperingkat.
"Adalah bagus jika seseorang artis baru itu mendaki secara perlahan, ianya lebih baik daripada terus berada di atas secara cepat.
"Kalau cepat sangat berada di atas, bimbang nanti cepat juga turun ke bawah semula.
"Apapun, bergaul dengan orang yang positif dan memberi semangat kepada kita, niat dalam hati pun penting, bagi saya kalau niat itu betul, Insya-Allah, lambat atau cepat, rezeki itu akan sampai juga," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Liza juga teruja untuk melancarkan single terbarunya tahun ini, sama-sama kita nantikan!
Kredit Foto : Instagram Liza Hanim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024