Berita
“Tak Boleh Kongsi Toilet, Pinggan Atau...” -Lelaki Ini Kongsi Prosedur Jalani Ujian COVID-19
Seorang lelaki mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalamannya sewaktu menjalani wabak Koronavirus (COVID-19).
Lelaki itu berkongsi prosedur tersebut menerusi coretan panjang di akaun Facebook miliknya, Nordin Mat baru-baru ini.
Menurut Nordin, mereka perlu dikuarantinkan selama 14 hari dan tidak boleh berkongsi apa sahaja barangan yang disentuh oleh suspek.
“Just nak kongsi sikit procedure sepatutnya semua orang buat lepas balik dari negara yang berisiko sekarang seperti China, Japan, Korea dan Itali.
“Mereka patut di kuarantin tanpa keluar dari bilik masing-masing selama 14 hari hatta dilarang berjumpa dengan anak bini, tak boleh share bilik air dan juga pinggan mangkuk atau bersentuhan pastinya
“Tak boleh ke tempat kerja, atau himpunan hatta ke Masjid, surau atau solat Jumaat sekali pun. Kalau ada simptom pelik sikit macam demam, selsema atau batuk memang wajib ke hospital berdekatan.
“Klinik atau private hospital memang tak boleh terima lah untuk mereka yang suspek dan nak buat testing, hanya hospital Kerajaan sahaja. Ada ruangan dan khemah khas untuk buat saringan dan ujian ini.
“Semua yang datang akan disoal sangat teliti tentang pergerakan sejak balik dari sana, dengan contact dengan sesiapa dalam tempoh tersebut.
“Doktor dan jururawat sangat ambil serius bab ini, bukan main-main punya. Kemudian mereka akan buat ujian melalui swap di dalam kerongkong dan dalam hidung kita, agak sakit juga tapi tahan saja la, sample kemudian akan di hantar ke makmal hospital Sg Buluh katanya dan result hanya dapat diketahui selepas 72 jam.
“Jadi sementara itu, kena la duduk jap dalam bilik mengasingkan diri tanpa jumpa sesiapa, kalau negatif pun ujian itu masih kena tunggu sampai 14 hari baru boleh bebas kat luar.
“Terasa lama dan tersiksa? Aku tanya member kat Tokyo, suruh dia pergi buat testing macam aku buat, dia kata mana ada testing macam tu, apa yang hospital dan Kerajaan kita buat adalah superb berbanding dengan di negara depa sana. Jadi bersyukurkah,” tulisnya.
Terdahulu, terdapat tujuh kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia sekaligus terdapat 36 kes direkodkan.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media memaklumkan kesemua kes baharu itu merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini jumlah kes sembuh adalah 22 kes.