Laman Utama
“Tak Boleh Lasak, Doakan Kami...” Elizad Mulakan Rawatan IVF
Pelakon Siti Elizad kembali memulakan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Elizad berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram hari ini.
Menurut Elizad selepas menjalani rawatan, doktor menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti lasak.
“Kembali untuk jalani rawatan IVF saya, ini baru sesi yang pertama. Selepas dua minggu tidak ada lagi aktiviti lasak doktor cakap.
“Doakan kami ya. (Jadi dua minggu dari sekarang boleh jalan-jalan, vroom-vroomcuti sana sini lagi, lepas tu kena simpan vroom- vroom buat perhiasan,” tulisnya.
Sebelum ini, Elizad seringkali menitiskan air mata apabila soal zuriat diutarakan kepadanya.
BACA: "Hari Ini Hari Terakhir Dengan Mingguan Wanita" - Elizad Berehat Mengacara, Mulakan Rawatan IVF
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Must-Watch Video