Bagi peminat Wanna One, semestinya terubat rindu apabila penyanyi idol Korea Selatan, Ong Seong Wu membuat 'comeback' ke Malaysia sebagai artis solo.

Kehadiran artis popular itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena dengan Ong Seong Wu First Fan Meeting yang diadakan di Axiata Arena, Sabtu lalu.

Memukau hampir 4,000 penonton yang hadir, Gempak kongsikan 10 perkara menarik yang berlaku sepanjang acara tersebut:

1. Untuk memastikan tidak terlepas peluang bertemu dengan selebriti popular itu, difahamkan peminat mula beratur di perkarangan pintu masuk Axiata Arena sejak 3.30 petang untuk melakukan pemeriksaan diri serta mendapat tempat yang bagus.

2. Trending! Hashtag #OngSeongwu1stFanmeetinginKL mula berada di kedudukan tinggi 'trending topics' laman sosial sebelum dan semasa 'fan meeting' berlangsung.

3. Terkejut! Ong Seong Wu tidak dapat menyembunyikan wajah terkejut apabila peminat memahami tutur katanya tanpa perlu diterjemahkan (translate) oleh penterjemah.



4. Walaupun Wanna One telah dibubarkan dan Ong Seong Wu datang bersendirian, peminat masih bertenaga menyanyikan lagu-lagu Wanna One dan melakukan 'fanchant'.



5. Wow! Ong Seong Wu menyanyikan lagu Rasa Sayang secara spontan tanpa sebarang latihan atau persediaan. Hanya ditunjuk ajar oleh hos Hani Fadzil bersama peminat.

6. Comelnya! Peminat terhibur mendengar Ong Seong Wu menyebut perkataan 'lychee' yang berubah menjadi 'lichee'.



7. Peminat tidak dapat menahan rasa teruja semasa Ong Seong Wu menunjukkan koreografi lagu Day by Day.



8. Terharu..Ong Seong Wu dihadiahkan sejambak bunga serta disediakan sebuah projek khas oleh peminat.




9. Selepas selesai 'fan meeting', terdapat sesi 'hi touch' Ong Seong Wu bersama peminat. Seronok eh!

10. Bertabahlah! Sehingga kini peminat masih lagi tidak boleh move on dengan '1st Fan Meeting' bersama Ong Seong Wu.

Pada malam itu, Ong Seong Wu telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Please dan Love This Moment.

Ong Seong Wu First Fan Meeting di Malaysia telah dianjurkan oleh agensi hiburan berpusat di Bangkok iaitu Hatchery dan mereka bakal mengakhiri sesi bertemu peminat ini di Singapura pada 6 April ini.