,
Hiburan

Tak Boleh 'Move On', Peminat Rindu Nak Dengar Ikon Sebut "Bagus"

Ahmad Shah
27/08/2016
02:04 MYT
Walaupun konsert kumpulan K-Pop terkenal iKON sudah berakhir dua minggu yang lalu, namun para peminat masih merindui mereka.
Terutamanya ketika kumpulan idola itu menyebut perkataan "bagus" ketika mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.
Lebih mengujakan apabila kumpulan idola yang dianggotai tujuh orang anak muda iaitu Bobby, B.I, Jinhwan, Junhoe, Donghyuk, Yunhyeong dan Chanwoo itu pula seperti ketagih dengan perkataan "bagus".
Selain itu persembahan dan aksi bertenanga yang dipamerkan iKONIC ketika iKONCERT 2016 [SHOWTIME] Tour in Kuala Lumpur 2016 baru-baru ini juga masih menjadi bualan peminat mereka di negara ini.
Buktinya rata-rata Ikonic (gelaran peminat) mula membuat ‘throwback’ serta memuatnaik foto dan video yang diambil sewaktu konsert berlangsung.
iKONIC turut mengucapkan terima kasih kepada idola mereka itu kerana sudir hadir ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini.
Dalam pada itu, mereka turut menganggap iKONCERT anjuran IME Production ini antara konsert paling hebat selepas kehadiran BIGBANG Julai tahun lalu.
iKON telah mempersembahkan lagu hit mereka, Rhytm Ta, Dumb & Dumber, Sinosuak, My Type, Today, Go, Be I, Anthem, Apology, Airplane, Wait For Me, M.U.P dan I Miss You So Bad.
Sementara itu, iKON juga turut memberi kejutan buat peminat apabila menyampaikan lagu popular BIGBANG, Bang Bang Bang sebelum tampil membuat ‘transformasi’ meniru gaya kumpulan idol wanita dengan lagu Me Gustas (GFriend) dan Up Down (Exid).
Persembahan kemudiannya dihangatkan lagu dengan lagu What’s Wrong, Just Another Boy, Climax, Long Time No See dan MYD.
Sebelum menamatkan persembahan, iKON juga telah berjanji dengan peminat untuk kembali ke Malaysia.
“Seronok bertemu dengan iKONIC di Malaysia. Sudah lama kami tunggu saat untuk bertemu anda. Terima kasih kerana menyokong dan meluangkan masa bersama kami. Bagus!” kata Bobby.
Kredit video: @hannahisvip / @ikonftw
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Oh My Kadhale Viral Sampai Netizen Beri Jolokan Ikon Perpaduan Negara, Zubir Khan: “Saya Rasa Tak Layak Sebab…”

gempak
23/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Zubir Khan mengakui terkejut apabila lagu Oh My Kadhale nyanyiannya bersama penyanyi Ezra Kairo mendapat sambutan hebat daripada pendengar.
Laman Utama

Xiumin Exo, Bobby iKON Gegar 9WAVE Music Festival!

gempak
17/10/2023
11:20 MYT
Festival Muzik 9Wave di Sunway Lagoon pada 11 November depan.
Laman Utama

Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!

gempak
14/07/2023
10:17 MYT
Tahniah McDonald's Malaysia
Laman Utama

Adi Putra Syukur Terima Anugerah Ikon Ekspresi Seni 2022

gempak
25/10/2022
05:15 MYT
Tahniah Datuk Adi Putra
Laman Utama

Masih Gigih Belajar Walau Dah Sukses, Siti Nurhaliza Puji Dr Azizan Osman! - "Tiada Had Umur & Masa Menimba Ilmu"

gempak
18/04/2022
01:30 MYT
Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat yang lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini.