Pelakon Datin Almy Nadia akui tidak mendedahkan anak -anaknya kepada barangan elektronik.

Almy berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.

Menurut Almy, dia tidak mahu anak-anaknya ketagih dengan alat elektronik tersebut.

“Saja lah kan, hanya nak kongsi… Anak-anak kami kalau kat rumah tak boleh pegang gajet sebab dalam rumah dah ada macam-macam TV, mainan, makan, minuman. Segala makneka ada.

“Tapi disebabkan PKP ni papa nak tengok TV sat WWE, jadi bagi lah anak tengok gajet sat ja. Sat ni kutip simpan balik.

“Depa anak-anak pun tau, bila kat rumah NO gajet. Kalau kat luaq buleh bawa bincang bab gajet… hahahaha,” tulisnya.

Saja la kan,just nak share.. anak2 kami klu kat rumah tak boleh pegang gajet,sbb dlm rumah dah ada mcm2 tv mainan,makan minuman. Segala makneka ada... tp dsbbkan pkp ni,papa nak tgk tv sat wwe,jd bg la anak tgk gajet sat ja.. sat ni kutip simpan balik.. depa anak2 pun tau,bila kat rumah NO gajet,klu kat luaq buleh bawa bincang bab gajet.. hahahaha

A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji dan bersetuju dengan cara didikan Almy.

“Sama lah dengan anak-anak kak tapi disebab kan PKP ni terpaksa lah bagi, depa dah bosan sangat sian. Tapi syarat lepas buat kerja sekolah dan belajar dulu. Kalau rumah bawah mungkin tak bosan ni kita rumah atas macam sekarang berkurung sian anak-anak bila lah boleh pergi sekolah,” komen @ummi_ell

“Setuju! Sebab budak-budak jadi ketagih. Bagus kak!” puji @syifa_rasid

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apapun sila patuhi arahan pihak berkuasa, duduk rumah dan pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer'.

Kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!