Personaliti televisyen, Uyaina Arshad memberitahu dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk melakukan aktiviti lasak ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.
Kata Uyaina, dia dinasihatkan oleh doktor agar membatalkan niat untuk melakukan aktiviti paragliding dan bungee jumping di Austria bulan Julai nanti.
"Sebenarnya pada bulan Julai saya akan ke Austria untuk melakukan aktiviti musim panas di sana tetapi saya dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti lasak seperti paragliding dan bungee jumping.
"Selepas keluar daripada hospital baru-baru ini, saya banyak bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
"Daripada segi kehidupan harian, saya tidak boleh terlalu tertekan, terlalu sedih, terlalu teruja dan perlu kawal emosi sebab itu boleh mencetuskan komplikasi jantung saya. Segalanya saya perlu bersederhana.
"Secara permakanan pula, doktor menasihati saya untuk mengelakkan minum kopi dan makan kambing," ujarnya kepada Gempak ketika ditemui pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP 2019 di Axiata Arena semalam.
Uyaina disahkan mempunyai komplikasi jantung apabila membuat pemeriksaan sekitar pertengahan Mac lalu.
"Sebenarnya sejak kecil lagi saya ada masalah 'extra circuit' dan 'extra valve' pada jantung saya.
"Jadi, apabila terlalu kuat bekerja, saya akan terdedah untuk diserang komplikasi jantung," tambahnya.
Amri Hassan
Mon Apr 22 2019


#GempakKeliwon: Pocong Berguling Depan Mata Lepas Balik Tengok Kuda Kepang! Rupanya Isim...
Merungkai persoalan sama ada pocong melompat atau...

Kenapa NASI Tak Elok Dipanaskan Berkali-Kali? Bukan Sebab Cara Panaskan Tu Tapi...
Nasi yang dibiarkan sejuk kemungkinan besar mengandungi bakteria Bacillus Cereus yang boleh menyebabkan keracunan. Puncanya bukan sebab cara nasi itu dipanaskan.

“Dia Semangkuk Sup Pun Dah Okay, Saya Semua Benda Nak Makan” - Rain Sering Keluar Makan Tanpa Isteri
Boleh bayang mesti makanan Rain penuh satu meja hehe

Khai Bahar Teruja Dengan Suara Aina Abdul | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Bukan Khai je terpegun dengan suara Aina Abdul ni, min pun sama. Hahaha. Semoga korang berdua banyak lagi menghasilkan lagu duet bersama. Sumpah best suara diorang!

Yazmin Cikgu Serba Boleh | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Haa, khas utk korang kami bawakan Yazmin Aziz. Memang power laa dia ni. Banyak pula tu bahasa dia boleh cakap haha.

Nafas Cinta - Aina Abdul, Khai Bahar ft. Le'Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Perghh. Min dah dengar dah kelunakkan suara diorang, so sekarang turn korang pula! Jom layan!

Uncle Nak Jawab SPM Lagi Tahun Depan | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Kitorang memang bagi 100% support untuk uncle. Walaupun uncle dah berumur, tapi semangat tu masih tebal dalam diri uncle. Goodluck Uncle!

#TravelMana: Nak Travel Solo Tapi Takut, Cabar Diri Dengan Enam Destinasi Selamat Ini, Confirm Puas Hati!
Tak cuba, tak tahu!

Khai Bahar Terpegun, Aina Abdul Teruja dan Uncle Nak Jawab SPM Lagi? | Gempak TV S2 - EPS 54 | #EdisiDudukRumah
Khas kami bawakan kepada korang, Aina Abdul dan Khai Bahar. Dengar kata diorang nak buat second duet, betul ke? Uncle jawab SPM lagi? Semuanya dalam Gempak TV!

Jadi Mangsa Kena Tinggal Kekasih, Aidil Maula Mengaku Susah Nak Move On! - "Hati Memang Kecil Tapi..."
Penyanyi baru yang sedang mencipta nama, Aidil Maula akui pernah patah hati dan ditinggalkan suatu ketika dahulu.