“Tak Boleh Tengok Habis, Paling Seram, Ngilu Weh!” - #LathiChallenge Versi Doktor Gigi Ini Paling Epik

Azwa Rahman
Jun 5, 2020 10:40 MYT
Seorang doktor gigi tampil menyahut cabaran #LathiChallenge yang sedang tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @mishbella07 berkongsi sebuah video #LathiChallenge aksi doktor gigi tersebut untuk tontonan umum.
“Ni je lathi challenge yang boleh diterima,” jelas pengguna tersebut sebagai kapsyen video.

Ni je lathi challenge yang boleh diterima pic.twitter.com/IYEynzdJlq

— ? (@mishbella07) June 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, doktor gigi tersebut berubah memakai peralatan pelindung diri dan babak terakhir bertukar kepada aksinya mencabut gigi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi doktor gigi itu namun babak cabut gigi tersebut membuatkan ramai yang ngilu.
“WEH YA ALLAH PART LAST TU ASTAGFIRULLAHALAZIM NGILUNYA RASA,” komen seorang wargamaya.
“Yang ni paling seram. Terasa ngilunya aih,” kata seorang wargamaya.
“Ya allah nikmatnya bila gigi tu dicabut,” tulis seorang wargamaya.
“Okay time dia cabut gigi tu kaki aku terangkat sekali, shit!” luah seorang wargamaya.
“WEHH BAPAK SERAM ending tu macam malaikat maut nak cabut nyawa je,” usik seorang wargamaya.
“Walaupun best, ni antara lathi challange yang aku tak boleh tengok sampai habis,” luah seorang wargamaya lagi.
#LathiChallenge yang tular sekitar minggu ini memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah yang cantik sebelum berubah menjadi watak menakutkan.
Sehingga kini, kicauan video tersebut telah menerima hampir 248,000 tontonan.
#Lathi Challenge #Cabut gigi #Doktor gigi