"Tak Boleh Tengok TV Lagi!" - Jaclyn Victor Pilih Cara 'Old School' Didik Anak
Amri Hassan
11/07/2019 12:57 MYT
11/07/2019 12:57 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor punyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya, Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera.
Kata Jac, dia tidak akan lagi membenarkan gajet dan teknologi melekakan dan menjadi pengasuh anak-anaknya mulai sekarang.
"Perkara paling teruk yang saya lakukan sepanjang menjadi ibu ialah membenarkan televisyen dan gajet berperanan sebagai pengasuh.
"Mudah bukan, tayangkan sahaja apa yang anak-anak suka dan biarkan mereka. Adoi.
"Anak-anak saya memang hebat. Mereka membesar dengan sihat dan gembira tetapi saya pasti mereka mampu melakukan lebih daripada itu.
"Saya mahu mereka memaksimumkan potensi diri dan mulai sekarang mereka tak boleh tengok televisyen lagi.
"Saya memutuskan untuk memperbetulkan kesilapan saya, kembali mendidik dengan cara old school sepertimana saya dibesarkan oleh ibu saya," katanya.
Jac mengambil keputusan itu setelah beberapa hari berdiam diri daripada memuat naik sebarang posting di media sosialnya.
Memikirkan tentang peranannya sebagai ibu, kata Jac lagi sudah menjadi pilihannya untuk membesarkan anak-anak tanpa bantuan pengasuh.
"Saya banyak memikirkan betapa teruknya saya sebagai ibu mereka.
"Saya memilih untuk membesarkan mereka tanpa pertolongan pengasuh sebab tidak mahu terlepas melihat mereka membesar. Kiasu bukan?
"Saya ingat saya sudah melakukan perkara terbaik buat mereka dengan membantu mereka menguruskan diri tetapi saya sepatutnya membiarkan mereka melakukan perkara itu dengan berdikari," tambahnya.
Penyanyi lagu Gemilang itu telah berkahwin dengan penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jonah, 4, dan Molly, 2 tahun.