Ratu dangdut, Mas Idayu secara terbuka menegur sikap buruk pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Menurut Mas Idayu antara sikap yang Diva AA yang tidak disukainya ialah tidak boleh menerima teguran.

“Macam kau, kau tak boleh orang kutuk...Itu buruk kau yang aku tak suka…Kau kena terima apa orang cakap Wan,” jawab Mas Idayu selepas Diva AA mengajukan soalan mengenai reaksi setiap kali dikutuk netizen.

Tambah Mas Idayu, dia tidak kisah dikutuk dan dikritik netizen kerana daripada situ kelemahan diri dapat diukur.

“Aku suka komen-komen negatif dan positif, aku boleh terima. Kalau tak ada netizen yang komen, yang kutuk-kutuk kita, kita takkan tahu silap kita,” katanya ketika ditemubual Diva AA menerusi program terbaru Astro Ria, ‘Laser Bertemu Laser’.

Uniknya program bual bicara kendalian Diva AA ini, tetamu jemputan bebas membidas soalan ‘laser’ daripada pengacara.

[[BACA: Azwan Ali Is Back...Dalam 'Laser Bertemu Laser'! - Siapa Lagi Laser, Diva AA Atau Tetamu Jemputan?]]

Menariknya lagi, tetamu jemputan 'Laser Bertemu Laser' turut mendedahkan cerita mengenai diri mereka yang tidak pernah dikongsi di mana-mana platform sebelum ini.

Dalam eposid pertama yang bakal bersiaran malam ini, suasana agak tegang apabila Mas Idayu bertindak menampar menampar mulut Azwan Ali!

Bagaimanapun hubungan profesional di antara kedua-dua selebriti ini menyelamatkan keadaan, walaupun Diva AA terus menerus menyerang Mas Idayu dengan soalan-soalan panas termasuk mengenai bekas suaminya, aktor Aman Graseka.

Adakah Mas Idayu akan menjawab soalan mengenai Aman Graseka? Jangan lupa saksikan ‘Laser Bertemu Laser’ malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (124).

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain Mas Idayu, program lapan episod yang bersiaran setiap Rabu jam 11 malam ini turut mengundang usahawan popular yang pernah berhasrat menyaman Diva AA, Datuk Seri Vida, penerbit dan pengarah bermulut laser Michael Ang serta maestro muzik disegani, Datuk Ramli MS.

Agak-agaknya siapa lagi laser…Diva AA atau tetamu-tetamu jemputannya? Jangan lupa tonton dan
strim ‘Laser Bertemu Laser’ menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.