Hiburan

"Tak Boleh Tidur Malam Sehingga Saya Fikir Diri Ini Akan Mati...." - Anim Ezati Dedah Sebab Berhijab

gempak
Zulaikha Yusof
12/12/2018
03:15 MYT
Sponsor Banner
"Tak Boleh Tidur Malam Sehingga Saya Fikir Diri Ini Akan Mati...." - Anim Ezati Dedah Sebab Berhijab
Pengacara televisyen jelita, Anim Ezati Rizki mendedahkan perasaan untuk bertudung sudah lama timbul dalam dirinya.
Namun begitu, Anim berasa takut dengan penerimaan orang ramai, lantas dia menangguhkan niat terbabit.
"Perasaan untuk memakai tudung ini sudah lama timbul sejak tahun lepas lagi.
"Banyak perkara yang saya fikir dalam otak ini. Saya akan hilang kerja ke nanti, memandangkan ini adalah periuk nasi saya.
"Saya takut dengan penerimaan orang ramai mengenai perubahan diri saya.
"Pada Rabu lalu, tiba-tiba saya mempunyai perasaan tidak boleh tidur malam sehinggakan saya memikirkan diri ini akan mati?
"Saya tidak boleh bergerak, bernafas serta sepanjang malam tidak boleh tidur langsung.
"Saya bangun untuk solat dan bersiap mengacarakan program Malaysia Hari Ini, tetapi pada masa itu, belum terfikir untuk memakai tudung," katanya kepada Gempak.
Anim ditemui di Q Bistro Nasi Kandar, Taman Tun Dr Ismail, semalam.
Tambah wanita ini, ketika perjalanannya menuju ke kereta, pelbagai perkara yang terjadi.
"Saya tertinggal kunci dan 'access card' saya, dua kali berulang alik ke rumah.
"Ketika itu, terdetik di hati saya. Saya merasakan perasaan seperti ini tidak mungkin datang untuk kali kedua.
"Lantas saya mengambil keputusan untuk mengenakan tudung sehingga hari ini," katanya lagi.
Berkongsi imej baru di akaun laman sosial miliknya, rata-rata peminat memuji penampilan terbaru Anim serta mendoakan agar gadis ini terus istiqamah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024