Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak British Pun, Kata Belajar Kat UK" - Netizen Perlekeh Bahasa Inggeris Faizdickie

Amri Hassan
25/02/2021 05:50 MYT
"Biasa je gaya kau cakap. Tak British pun, grammar tonggang terbalik juga. Kata belajar kat UK," demikian antara komen yang diterima personaliti media sosial, Faizdickie selepas dijemput sebagai ahli panel sebuah program bual bicara di Astro Awani baru-baru ini.

Komen-komen pedas yang diterima Faiz itu kebanyakannya memperlekehkan penguasaan bahasa Inggerisnya walaupun pernah menuntut di luar negara sebelum ini.

Tidak melatah dengan komen terbabit, kata Faiz, 32, dia akui bergelut dengan perasaan berdebar dan gentar apabila terpaksa menggunakan bahasa Inggeris untuk program terbabit.

"Abang ni membesar dengan masak lemak rebung, first time naik kapal terbang pun masa umur 24 tahun.

"Abang duduk UK tu setahun je, maaflah lidah desa ku ni tak sempat adapt ke British Accent bo’ol of wot’ah.

"Somehow I kinda knew yang abang akan dapat 1-2 DM begini. Sebab tu la masa Astro Awani invite abang jadi panelist, I was hesitant. 3 malam wei tak tido lena.

"Bukan apa, abang boleh cakap omputih but it’s farrrr from perfect. Apatah lagi nak ada accent bagai. Then kau guna plak poin belajar kat UK tu against me.

"Yih tak semua orang belajar obersea tu engrish dia power cam Queen of England lah. Asalkan mesej sampai sudahlah, that’s the whole point of communication pun," jelasnya.



Namun, Faiz mengambil komen terbabit secara positif dan sekali gus membuktikan program bual bicara tersebut mendapat sambutan daripada netizen.

"Papepun at least dia tengok video tadi tew. I’ll take this as an opportunity to polish up my english yang dah berkarat ni yew," ujarnya.

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp)


Faiz turut menambah, tindakan sebahagian netizen yang gemar mencari kesalahan bahasa Inggeris adalah salah satu punca kenapa penggunaan bahasa tersebut masih lemah dalam kalangan masyarakat.

“Bahasa Inggeris perlu sentiasa dipraktikkan untuk menjadikan kita lebih fasih, tetapi akibat takut dikecam, masyarakat menjadi fobia untuk mencuba untuk menguasainya.

“Sepatutnya kita sama-sama mengasah kebolehan berbahasa, tak kiralah dalam Bahasa Malaysia mahupun bahasa Inggeris kerana kedua-duanya mempunyai kepentingannya sendiri,” katanya.

#Viral #Netizen #Faizdickie #United Kingdom #Bahasa Inggeris #AWANI #UK #BI #Bual Bicara
;