LAMAN UTAMA
"Tak Buat Minta, Dah Buat Bising Pula" - PKPB Antara Topik Hangat Netizen
Pengumuman mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan bermula malam ini ternyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Platform media sosial hari ini dimeriahkan dengan pelbagai ciapan (tweet) mengenai perlaksanaan PKPB.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, antara topik hangat yang menjadi perhatian sejak pagi tadi adalah posting berkaitan dengan penerimaan orang ramai terhadap PKPB.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang menyambut baik dan ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dan juga simpati terhadap nasib peniaga kecil-kecilan yang terkesan sejurus PKPB dilaksanakan kelak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berbicara soal peniaga kecil-kecilan, rata-ratanya berharap orang ramai dapat membantu dengan membeli hasil jualan atau makanan mereka terlebih dahulu berbanding di restoran atau pasar raya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, susulan peningkatan COVID-19 di Malaysia, kerajaan akan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Kredit foto: Astro Awani / Twitter