“Tak Cakap Salah, Cakap Lagilah…” Che Ta Enggan Dedah Berapa Pasang Baju Raya Ditempah Tahun Ini
Izwan Isa
04/05/2022 02:50 MYT
04/05/2022 02:50 MYT
Persalinan Hari Raya Aidilfitri pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sering menyorot perhatian netizen setiap tahun.
Sehinggakan, hal tentang pakaian rayanya itu sering menjadi bualan nakal netizen yang sepertinya ingin tahu apakah ‘rupa’ Che Ta melaram pada pagi raya.
Begitupun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas melalui jeda pandemik COVID-19, Che Ta dilihat enggan mendedahkan helaian baju rayanya kali ini.
"Kalau boleh saya tak mahu bercakap tentang berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap lagilah.
"Kalau ada yang nak tahu, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.
"Ada juga baju-baju raya tahun lalu yang carry forward tahun ini. Sebab tahun lepas kan tak boleh beraya sangat, jadi nak melaram tak boleh," katanya.
Mengulas lanjut, Che Ta menjelaskan yang pada kebiasaan, dia akan mempersiapkan baju raya dalam masa yang lebih awal untuk dirinya dan keluarga.
"Buat persedian awal, tak kalut. Justeru bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Selalunya saya akan siapkan apa yang patut seawal mungkin, termasuk pemilihan warna busana,” katanya lagi.
Dalam waktu yang sama, Che Ta turut memberitahu yang di akan pulang berhari raya di Alor Setar, Kedah pada tahun ini.