Hiburan
Tak Cemburu Dengan Artis Baharu, Alif Satar Anggap Itu Rezeki Masing-Masing - “Kehadiran Mereka Dalam Industri Menjadikan…”
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar akui tidak pernah cemburu jika ada muka baharu yang mencipta nama lebih cepat berbanding dirinya.
BERITA BERKAITAN: Alif Satar Simpan Hasrat Tambah Cahaya Mata - "Best Juga Kalau ..."
BERITA BERKAITAN: Ada Pihak Ambil Kesempatan Kontroversi Aisyah Hijanah - “Nama Tengah Busuk Memang Lebih Banyak Tahi Daripada…”
Jelas Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar,35, kehadiran bakat-bakat baharu dalam industri memberikan satu persaingan yang sihat buat rakan-rakan artis yang lain termasuk dirinya.
“Jujur saya katakan, saya rasa gembira melihat ramai muka-muka baharu dalam industri dan menjadikan ia lebih meriah. Jadi kehadiran mereka ini saya pandang dari satu sudut yang positif.
“Yang bagusnya, mereka ini semua rata-rata datang dengan pakej yang lengkap, alhamdulillah saya memang teruja dan gembira,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, Alif yang juga popular menerusi program hiburan, Big Stage percaya kepada rezeki yang tertulis.
“Cepat naik seseorang itu semuanya rezeki, kita tidak boleh menidakkan apatah lagi mahu cemburu.
“Jika itu sudah tertulis rezeki rakan-rakan artis baharu , maka memang rezeki mereka.
" Kepada mereka yang cepat naik atau popular tahniah saya ucapkan. Mungkin itu juga hasil usaha mereka yang bekerja keras," ringkasnya.
Alif juga tidak pernah rasa tergugat dengan kemunculan ramai artis baharu dan juga pempengaruh media sosial yang juga sudah mula aktif dalam industri hiburan.
Katanya sebagai seorang selebriti yang sudah lama bertapak dalam industri, sudah tentu dia juga mahu memberi peluang kepada mereka mencari tapak dalam bidang lakonan.
Must-Watch Video