Pelakon Elfira Loy akui rindu melihat anaknya, Muhamad Ryyan Khalaf, 2, bermain di luar dan pergi ke taman.

Namun, Elfira akur dengan keadaan semasa dimana semua rakyat Malaysia harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan demi mengekang penularan wabak COVID-19.

Justeru, Elfira berharap agar semua orang sabar menghadapi 'lockdown' dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) sehingga negara mencapai sifar kes.

"Rindulah nak tengok Ryyan bermain di luar, pergi taman dan pergi kolam.

"Harap kita semua boleh lakukan ini, sabar menghadapi lockdown dan kekal mengikuti SOP selepasnya supaya sifar kes sampai bila-bila," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Elfira turut mengambil contoh negara luar yang sudah berjaya mengawal kes COVID-19 sehingga rakyat mereka tidak perlu lagi memakai pelitup muka dan boleh melancong dalam negeri.

"Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask? dah boleh travel dalam negeri.

"Bestkan? Jomlah kita cabar diri kita, orang Malaysia kan fighter, kita fight sampai 0 okay!" tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan Elfira.

A post shared by @elfiraloy


Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama duduk di rumah, keluar ketika perlu sahaja dan patuhi semua SOP yang telah ditetapkan sepanjang tempoh PKP atau selagi mana diperlukan.

Selain itu, utamakan kebersihan diri dan jaga jarak fizikal dengan orang lain ketika berada di luar rumah.