Kisah pencurian yang berlaku di Indonesia, iaitu di Dusun Krajan, Desa Sempu, Kecamatan Sempu, Banyuwangi sedang menjadi buah mulut selepas video aksi pencurian tersebut menerusi rakaman CCTV dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram.

Hal yang membuatkan aksi pencurian tersebut menjadi buat mulut adalah sikap aneh si lelaki yang dipercayai seorang pencuri.

Tanpa memberi perincian bila kejadian terjadi, lelaki yang menutup mukanya dengan kain untuk mengelak dikenali itu dilihat mengambil pakaian dalam yang disidai di kediaman tersebut.

Namun perkara yang membuatkan tuan rumah menjadi marah dan jijik apabila lelaki itu dipercayai telah menyetubuhi teddy bear atau anak patung milik anaknya.

"Selain mengambil banyak pakaian dalam saya, teddy bear anak saya juga diambil. Saya tidak tahu untuk dibuat apa.

"Namun setelah melihat keadaan anak patung tersebut yang koyak teruk pada bahagian Miss V (tengah) dan ada cecair lendir di situ, saya percaya mungkin pelaku meniduri dan menyetubuhinya. Menjijikkan," ujar pemilik rumah, Erni seperti dilaporkan InsertLive.

Perbuatan terkutuk itu menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada Erni dan penduduk kampung, namun juga netizen yang ikut meninggalkan komen pada video tersebut.

"Sudah jelas tidak normal (orang)," tulis seorang netizen.

Sementara itu, Erni dan penduduk kampung berharap pihak polis dapat menangkap pencuri agar dia tidak melakukan perbuatan yang lebih teruk seperti memperkosa perempuan untuk melampiaskan nafsunya.

Sember & Kredit Foto: Insertlive