Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Tak Cukup Satu, Tak Apalah Moga Bahagia” - Ditinggalkan Kekasih, Iman Troye Mahu Kahwin Umur 30 Tahun!

Hanafis Haris 11/11/2020 | 03:58 MYT

Mengakui dirinya pernah ditinggalkan kekasih, pendatang baru Iman Troye nekad untuk berkahwin hanya ketika usianya mencecah 30 tahun.

Menceritakan perkara tersebut kepada Gempak, Iman bekata dia masih muda dan banyak perkara perlu dilakukan terutamanya perjalanan kariernya.

“Ya saya pernah ditinggalkan, dah lama dah. Dia tinggalkan saya, tak cukup satu so tak mengapalah.

“Lagipun saya masih muda, jadi semoga bahagialah,” katanya.

Menurut Iman lagi, terdapat beberapa ciri lelaki idamannya ketika ini.

“Antaranya bertanggungjawab, boleh bimbimg Iman, boleh masuk dengan keluarga Iman dan boleh hormat Iman.

“Selain itu, Iman suka lelaki yang tinggi 180cm ke atas,” katanya.

Untuk rekod, Iman Troye kini sedang popular dengan single pertamanya berjudul Teman.

Sehingga kini muzik video Teman telah mencapai 4.8 juta tontonan sejak dimuat naik tiga minggu lalu.

Tapi ditinggalkan oleh siapa? Apapun untuk episode #GempakKe kali ni @ishanorsham sempat tanya Iman ciri-ciri lelaki idaman Iman! Ha bukan biasa-biasa ya lelaki idaman dia ? . #Gempak #AstroGempak #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #KekalTenang

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

BACA: Baru Masuk Carta Sudah ‘Caras’ Penyanyi Lain? Iman Troye Tak Sangka Lagu Teman Berada Di Kedudukan...

#Kekasih #Iman Troye
;