Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Dapat Aki Nak Pakai Baju Melayu Hijau Raya Tahun Ni" - Datuk Eina Azman Meninggal Dunia

Amri Hassan
13/05/2019 03:56 MYT
Ramadan keenam menjadi hari duka bagi keluarga Datin Eina Azman apabila datuk kesayangannya, Abdul Rafar Din pergi menghadap Ilahi.

Menerusi khabar duka yang dikongsikan di akaun Instagramnya, datuk yang dipanggil 'Aki' menghembuskan nafas terakhir pada malam 11 Mei 2019.

"Salam semua, dengan berat hati Eina ingin sampaikan, Aki Eina telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam 11 May 2019.

"Beliau telah selamat dikebumikan pagi tadi (Ahad).

"Mohon anda semua sedekahkan al fatihah kepada arwah Haji Abdul Rafar Bin Haji Din. It is indeed a sad news for all of us," tulisnya.

Pemergian datuknya itu mengimbau pelbagai nostalgia ketika zaman kanak-kanak Eina.

"The first video took by my mum the night before, was him singing the song that he keep singing to all of us since we were little kids. Allahuakbar.

"Lagu 'Mari Sembahyang' memang lagu kegemaran Aki nyanyi untuk we all dan Aki menyanyi untuk terkhir kalinya.

"Thanks to mummy @amyroshaida288 yang menjaga Aki since day 1 sampaila Aki meninggal semalam di dalam pangkuan mummy," tambahnya.

Malah, lebih menghibakan apabila datuknya tidak berkesempatan untuk memakai baju Melayu berwarna hijau pada Aidilfitri nanti seperti yang dihajatkan.

"Aki baru kahwin dengan Tok semua tak sampai setahun dan now tinggalkan Tok sendiri lagi.

"Tak dapat Aki nak pakai baju Melayu warna hijau yang Aki nak pakai dengan Tok raya tahun ni.

"Eina sayang Aki and will always miss u Aki. Semoga Aki ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman," tulisnya lagi.

Salam semua, dgn berat hati Eina ingin sampaikan , Aki Eina telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam 11 May 2019. Beliau telah selamat dikebumikan pagi tadi. Mohon anda semua sedekahkan al fatihah kepada arwah- Haji Abdul Rafar Bin Haji Din. It is indeed a sad news for all of us. The first video took by my mum the night before, was him singing the song that he keep singing to all of us since we were little kids. Allahuakbar .. ? lagu “Mari Sembahyang” mmg lagu fav aki nyanyi utk we all n aki me nyanyi utk terkhir kalinya? n thanks to mummy @amyroshaida288 yang menjaga aki since day 1 sampai la aki meninggal smlm d dalam pangkuan mummy?? aki bru kahwin dengan tok semua tak sampai setahun n now tinggalkan tok sendiri lg ??. Tak dapat aki nak pakai baju melayu warna hijau yang aki nak pakai dgn tok Raya tahun ni? eina sayang aki n will always miss u aki ❤️ semoga aki ditempatkan di kalangan org2 yang soleh dan beriman. Aminnnn ?????? @datopadukakaiser @amyroshaida288

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on


#Meninggal Dunia #Datuk #Datin Eina Azman
;