Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Dapat Balik Kampung? Jangan Berduka, Astro Himpun Lebih 270 Program Istimewa Sepanjang Syawal!

Hanafis Haris
28/04/2021 05:18 MYT

Kebarangkalian untuk orang ramai pulang ke kampung tahun ini mungkin agak tipis, namun itu bukanlah bermaksud kita semua perlu bersedih dan mengeluh nasib.

Berita baik buat pelanggan Astro, raya tahun ini dijangka lebih meriah apabila pelbagai program, rancangan, drama serta filem bakal ‘disajikan’ ketika lebaran.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro Azlin Reza Azmi,tema ‘Buka Lembaran Baharu’ telah dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2021.

“Elemen tersebut membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekali gus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.

“Pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 270 program-program hebat di semua rangkaian platform Astro termasuklah televisyen, radio dan digital.

“Sebanyak 229 buah rancangan televisyen baharu pelbagai genre bakal disajikan di saluran- saluran Melayu Astro.

“Manakala stesen-stesen yang bernaung di bawah Astro Radio juga akan memperluaskan lagi penyampaian mesej ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi segmen yang dikeudarakan,” katanya.

Jelasnya, platform digital seperti Gempak, Ria X, Rojak Daily dan SYOK juga turut tidak ketinggalan memperbanyakkan pengisian yang seiringan dengan kempen ini di platform digital.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Bagi peminat karya premium, filem-filem terbaharu turut dibawakan terus ke pawagam rumah anda menerusi platform Astro First dan Astro Best untuk dilanggan. Rocketfuel Entertainment juga hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi dua buah lagu raya pada tahun ini,” katanya.

Berikut merupakan kandungan televisyen menarik sepanjang Syawal ini.

KANDUNGAN ASTRO FIRST & ASTRO BEST SEPANJANG SYAWAL 2021




#Astro #MaelTotey #AstroGo #AstroGempak #RayaAstro #SyifMalamRaya