Penyampai radio GEGAR, Amirul Agam mengumumkan semalam merupakan hari terakhirnya berkhidmat di stesen radio terbabit.

Perkara itu dikongsi Agam menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Thank you GEGAR, semalam hari terakhir saya bersama GEGAR.

"Terima kasih yang telah mendengarkan GEGAR sepanjang saya bersiaran sejak 31 March 2018, terima kasih kepada semua dan teruskan menyokong GEGAR.

"Masa untuk terbang tinggi bersama impian, Doakan semua dipermudahkan," tulisnya sebagai kapsyen.

BACA: Penyampai Radio Ini Upload Foto Pakai Baju Melayu & Saja-Saja Tag KJ... Lihat Apa Yang Abah Balas, WIN!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Agam terkejut dengan pengumuman itu.

Ada juga yang mengatakan tempohnya berkhidmat di stesen radio itu terlalu singkat.

"Sekejapnya, kenapa?

"Kenapa, berhenti ke?

"Tak dapat dah dengar suara abam manis," tulis netizen.

OFF AIR . Thank you @gegar.my . . Semalam hari terakhir saya bersama Gegar . Terima kasih yang mendengarkan Gegar sepanjang saya bersiaran sejak 31 March 2018 . Terima kasih kepada semua . Teruskan menyokong @gegar.my . ???? . See you again . . Masa untuk terbang tinggi bersama impian. Doakan semua dipermudahkan .

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on


Khabarnya, Agam bakal bertugas sebagai penyampai di salah sebuah stesen radio yang telah melalui proses penjenamaan semula