Hiburan

"Tak Dapat Ikut Mama Pergi Wedding..." - Anak Shahida Alami Demam Campak

gempak
Asraf Aided
25/10/2019
08:49 MYT
Sponsor Banner
"Tak Dapat Ikut Mama Pergi Wedding..." - Anak Shahida Alami Demam Campak
Anak angkat pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, Ameena Aliffshah sedang meghidap penyakit demam campak.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram milik Shahida buat tatapan wargamaya.
Menurut Shahida, Ameena tidak dapat mengikutnya untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan akibat serangan penyakit itu.
"Demam hari tu nak kena campak rupanya!
"Tak dapatlah ikut mama pergi wedding uncl Ajim (anak Bonda) minggu ni...Walaupun baju dah siap tempah kang tak pasal-pasal orang lain pula berjangkit," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shahida mendoakan kesembuhan buat Ameena.
Imbas kembali, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat iaitu Ameena.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live