Personaliti televisyen Ameera Zaini mendedahkan suaminya, Hasnor Rozaini akan menjalani pembedahan Laparoscopy bagi membuang apendiks malam ini.

Menurut Ameera, dia tidak dapat menemani suaminya di hospital disebabkan pandemik Covid-19.

"Insha-Allah malam ni juga suami saya akan menjalani Laparoscopy untuk membuang apendiks. Sangat sedih saya tidak dapat bersama awak di hospital.

"Selalu awak teman je saya. Kerana keadaan Covid, kalau nak teman kena buat swab test lepastu tak boleh keluar masuk sampai pesakit dibenarkan pulang. Polisi baru hospital ni kot. Mateen dan Daniel pula macam mana nanti," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini)


Dalam pada itu, Ameera menyatakan dia akan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga dua putera mereka sepanjang ketiadaan suaminya.

Justeru, Ameera berharap Hasnor tidak berasa risau dan memberi fokus kepada kesihatan supaya cepat sembuh.

"Apa pun, saya tahu awak kuat dan saya akan sentiasa bersama awak, tengok je la t-shirt awak daku akan selalu tersemat di dada di perut di hati mu.

"Jangan risau anak-anak baik saja, saya akan menjaga mereka. Cepat sihat, cepat balik. Kami sangat menyayangi awak @hasnorrozaini," tulisnya lagi.

Ameera dan Hasnor telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Mateen dan Daniel.


Instagram: @ameerazaini