Laman Utama
“Tak Daya… Makin Kira, Jiwa Makin Perit” – Lama Tak Jumpa Ibu Bapa, Norman Hakim Harap Dugaan Cepat Berakhir
Pelakon, Norman Hakim berharap dugaan dan ujian yang dilalui rakyat Malaysia pada ketika ini dapat berakhir tidak lama lagi.
Menerusi akaun Instagramnya, Norman menyatakan rasa rindu terhadap kedua ibu bapanya kerana sudah lama tidak bertemu sejak Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.
Mengimbas kembali rutinnya, Norman berkata sebelum ini dia akan pulang ke kampung untuk menghantar insulin kepada bapa kesayangannya namun kali ini ubat-ubatan itu hanya dikirimkan menerusi post sahaja.
Advertisement
“Apa khabar ayah mak kita kat kampung ye? Saya dah tak daya nak kira berapa lama tak balik. Makin kira, jiwa makin perit.
“Sebelum ni sibuk macam mana sekalipun, tiap-tiap Jumaat saya akan balik. Bila dah tak boleh merentas negeri, saya balik paling tidak sebulan sekali sbb kena balik jugak untuk hantar insulin ayah dari @ijnmalaysia.
“Tapi kali ni post ubat dan prescription insulin je, jadi nanti boleh ambil kat hospital di Kuantan. Memang saya tak berani ambil risiko selagi saya atau ayah mak belum vaksin sepenuhnya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Norman juga turut berkongsi perkembangan kesihatan kedua ibu bapanya.
“Alhamdulillah mak dah lengkap dos kedua vaksin. Ayah je belum sebab walau temu janji dia sebelum ni sama dengan mak, tapi ayah tak mampu dah nak duduk lama atau berdiri lama.
“Jadi buat lagi satu temu janji lain untuk pihak ppv datang vaksin ayah dekat rumah je. Itu pun tak tau bila dapat.
“Sama-sama kita doakan kesayangan kita dikampung sentiasa dilindungi. Memang hebat ujian kali ni buat kita semua.
“InsyaAllah yakin Allah turunkan ‘hujan’ sekarang untuk beri kita semua ‘pelangi’ sampai masanya nanti Aamiin Ya Rabb,” coretnya.
Must-Watch Video