“Tak Dinafikan Kuasa Memilih Pelakon Tidak Lagi Di Tangan Penerbit, Tapi Kita Juga Ada Hak Bersuara…” – Datuk Ziela Jalil
Fiza Kamarudin
30/11/2021 05:45 MYT
30/11/2021 05:45 MYT
Penerbit dan pelakon, Datuk Ziela Jalil tidak menafikan kuasa untuk memilih barisan pelakon tidak lagi terletak pada tangan penerbit semata-mata sebaliknya, ditentukan pihak stesen televisyen.
Menurut Ziela, walaupun perlu akur dengan senario tersebut penerbit juga mempunyai hak untuk bersuara.
"Tidak dinafikan kuasa untuk memilih barisan pelakon tidak lagi terletak pada tangan penerbit semata-mata sebaliknya ditentukan oleh pihak stesen televisyen.
“Kita perlu akur dengan senario itu apatah lagi sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, apabila ada perbincangan diantara pihak stesen dan penerbit, kita juga mempunyai hak untuk bersuara.
“Semestinya kita ada perbualan sesama rakan penerbit, jika mereka sudah mempunyai pengalaman buruk, kenapa kita masih hendak ambil mereka yang bermasalah kan?,” katanya.
Kata Ziela lagi, dia lebih senang bekerjasama dengan barisan pelakon yang sudah mempunyai pengalaman bagi memastikan kelancaran sepanjang penggambaran.
Bagaimanapun Ziela tidak menolak terus kehadiran pelakon baharu dan mengakui cerewet biarpun membabitkan adegan kecil saja.
"Saya sememangnya cerewet dan selesa bekerja dengan pengarah dan pelakon yang sudah biasa bekerja dengan saya.
“Sekiranya tidak berpuas hati, saya meminta pengarah untuk merakamkan semula adegan itu, walaupun sekadar adegan kecil saja.
“Hendak ambil pelakon baharu boleh, namun mereka perlu ada ilmu dan tidak menyusahkan seluruh produksi.
“Jika babak itu dirakamkan berkali-kali, mesti menganggu pelakon lain yang sudah bersedia untuk adegan itu," katanya.
Dalam pada itu, Ziela yang juga pemilik syarikat produksi Pena Kreatif Sdn Bhd mengakui kurang bersetuju dengan isu 'viral' atau tular bagi melariskan drama.
Bagi Ziela, drama terbitan syarikatnya dikenali menerusi karakter dan bukan sekadar publisiti murahan semata-mata.
"Buat masa ini, Pena Kreatif belum dikenali kerana isu 'viral' yang tidak sihat seperti isu antara pelakon dan sebagainya. Lebih baik produk itu dikenali kerana kualiti dan karakter dalam drama itu sendiri.
"Saya juga berharap stesen televisyen memberi ruang dan peluang kepada produksi yang sudah terbukti boleh membuat kerja. Bukan tidak mahukan persaingan, cuma ada kalanya tidak adil buat pihak kami," katanya.
Ziela berkata demikian ketika berkongsi mengenai pengalamannya sebagai penerbit pada sesi IG Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), menerusi topik How To Make A Drama Go Viral.
Sesi yang dikendalikan oleh Wartawan Harian Metro, Sudirman Mohd Tahir dan Editor Portal Xtra TV3, Padin Razal itu diadakan bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.