Laman Utama

“Tak Dok Modal Sungguh Nak Fitnah, Umi Oyak Baik Beli Emas” - Beg Tangan Isteri MB Bukan RM26,000 Tapi…

gempak
Mya Amri
24/12/2022
23:15 MYT
Sponsor Banner
“Tak Dok Modal Sungguh Nak Fitnah, Umi Oyak Baik Beli Emas” - Beg Tangan Isteri MB Bukan RM26,000 Tapi…
Anak Menteri Besar Kelantan yang dikenali sebagai Azma Ahmad tampil menafikan dakwaan beg tangan yang digayakan ibunya, Siti Zabidah Abd Hamid bernilai RM26,000.
Azma menerusi kenyataan ringkas di akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata.
Malah jelasnya lagi, beg tangan itu merupakan hadiah daripada mereka adik-beradik kepada ibu kesayangannya.
“Beg tu sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi sempena hari keluarga 2022. Tak ada modal sungguh rasanya pun orang nak fitnah-fitnah. Umi kata kalau beg RM26,000 baik beli emas,” tulisnya. Dalam pada itu, Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMBK) sebelum ini juga turut menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan perkara itu sebagai cubaan untuk memfitnah Ahmad.
“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300, bukannya mewah sehingga RM26,000 seperti didakwa,” jelas kenyataan tersebut.
Baca kenyataan penuh di bawah: Terdahulu, tular mengenai dakwaan bahawa isteri Menteri Besar Kelantan itu menggayakan beg tangan berharga RM26,000.
Foto itu tular ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersama isteri menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat keadaan banjir yang melanda negeri itu pada Khamis lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live