Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Fikir Jodoh Baru, Ziana Zain Seronok Ada Free Time Lepak Dengan Kawan-Kawan

Maliah Surip
25/04/2023 13:54 MYT
Penyanyi terkenal negara, Ziana Zain mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bahtera rumah tangganya bersama Armin Zaharin karam pada tahun 2018 lalu kini lebih tenang.

Dirinya juga mengaku tidak sempat memikirkan untuk kembali bercinta atau mencari pasangan baharu kerana terlalu sibuk dengan karier dan aktiviti sendiri.

“Tak ada (kekasih). Saya sibuk,” katanya dalam program Hlive edisi Aidilfitri yang ditayangkan di Astro Ria pada hari raya ketiga.

Tambah penyanyi Puncak Kasih itu lagi, kembali hidup solo selepas lebih 20 tahun berbakti kepada suami dan memberi fokus terhadap rumah tangga turut memberi beliau peluang untuk menikmati me time apabila mempunyai masa untuk diluangkan bersama kawan-kawan.

“Sekarang saya ada free time untuk lepak dengan kawan-kawan.

“Soal jodoh atau masa hadapan, jangan overthinking. Saya selalu ingat pesan mak. Jaga Allah dan Allah akan jaga kita. Yakin, tawakal dan doa yang baik-baik, Allah ada jaga kita,” katanya lagi.

Sementara itu bercakap mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Ziana memberitahu beliau dan anak-anak berkumpul di rumah keluarganya pada hari raya pertama yang lalu.

“Kami adik-beradik dan anak-anak sudah dididik untuk berhari raya dengan atuk nenek dan saudara mara pada raya pertama.

“Biasanya seluruh keluarga akan berkumpul di rumah abah sebab abah abang dan beliau hanya ada seorang adik yang tinggal dalam keluarga,” katanya yang menamakan ketupat, rendang dan lemang sebagai juadah wajib ada sebagai hidangan pagi raya.

Ditanya apa sahaja agenda lain perayaannya, Ziana menjawab ringkas: “Raya tahun ini nak jalan-jalan.”

#Penyanyi #Ziana Zain #Kekasih #Jodoh #Lepak
;