Drama

Tak Fokus Hanya Pada Storyline, Ini Antara Drama & Filem Yang Guna 'Hidden Details' Untuk Cerita Latar Belakang Karakter

gempak
Firdaus
15/08/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Fokus Hanya Pada Storyline, Ini Antara Drama & Filem Yang Guna 'Hidden Details' Untuk Cerita Latar Belakang Karakter
Penceritaan sememangnya kunci utama dalam mana-mana drama mahupun filem. Akan tetapi, sesetengah drama dan filem bersifat lebih kreatif dengan mengimplikasikan perincian-perincian secara halus bagi menggambarkan latar belakang di sebalik karakter yang diketengahkan.
Berikut merupakan antara drama dan filem yang menerapkan elemen tersebut:
Cady & Regina (Mean Girls)
Watak Cady (Lindsay Lohan) yang pada awalnya bersifat naif akhirnya berubah sikap apabila dirinya berjaya menyertai kumpulan remaja perempuan paling popular di sekolah yang diketuai oleh Regina George (Rachel McAdams).
Terpengaruh dan mahu mengambil gelaran remaja paling popular di sekolah, Cady mula berpakaian seperti Regina. Antara yang dapat dilihat adalah rantai Cady yang seakan-akan menyerupai rantai Regina.
Eilis Lacey (Brooklyn)
Mahu membina kerjaya di New York, Eilis (Saoirse Ronan) sanggup berangkat dari Ireland. Rindu dengan negara asalnya, Eilis dapat dilihat menggayakan baju berona hijau, putih dan jingga yang merupakan warna bendera Ireland.
Septimus (Stardust)
Bergelar sebagai putera Stormhold, Septimus (Mark Strong) merupakan anak bongsu dalam tujuh adik-beradik. Septimus bermaksud 'tujuh' dalam bahasa Latin. Perincian tersebut dapat dilihat menerusi baju Septimus yang memaparkan nombor tujuh dalam angka romawi.
Jasmine (Aladdin)
Puteri Jasmine dapat dilihat memperagakan pelbagai gaun dengan warna terang. Antara gaun yang meraih perhatian adalah gaun berwarna biru kehijauan yang mempunyai elemen burung merak disertakan dengan hiasan manik. Baju tersebut sebenarnya metafora tentang burung merak yang terperangkap dan inginkan kebebasan sama seperti Puteri Jasmine.
Khalif (X-Change)
Perubahan warna terhadap baju Khalif dapat dilihat daripada warna putih, ke kelabu dan akhirnya warna hitam. Perubahan warna pakaian itu sebenarnya merupakan petunjuk terhadap perubahan sikap Khalif yang semakin lama semakin terdedah kepada perbuatan buruk seperti mencuri, bergaduh dan membunuh.

BERITA TRENDING: X-Change: Akui ‘Sukar’ Lontarkan Dialog Bahasa Melayu, Joey Leong Kongsi Cabaran Bertutur Dalam Drama X-Change

BERITA TRENDING: X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia

BERITA TRENDING: X- Change: Baru Tayang Episod Ketiga, Ramai Tak Senang Duduk Nak Tengok Sambungan X-Change

BERITA TRENDING: X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga

Saksikan X-Change, setiap Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my. #XChange #AstroOriginals #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live