Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Gemar Kongsi Kehidupan Peribadi Di Media Sosial, Ben Amir Jaga Eksklusiviti - "Lagi Susah Nak Jumpa, Lagi Mahal Benda Itu ..."

Zulaikha Yusof
14/04/2021 08:00 MYT
Pelakon Ben Amir, 31, mengambil pendekatan berbeza berbanding selebriti lain apabila memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadi di laman media sosial.

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata dia seorang yang menjaga eksklusiviti biarpun sebagai tokoh masyarakat perlu tampil berkongsi perkembangan diri kepada umum terutama bersama peminat.

"Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu... disebabkan itu, saya tak post sangat tentang kehidupan peribadi di media sosial.

"Bagi saya strategi ini menjadi dan berkesan untuk kerjaya saya sebab buat peminat lagi tertunggu-tunggu (perkembangan terbaharu Ben Amir).

"Siapa-siapa yang kenal dengan saya tahu saya ini macam mana orangnya, perkataan kekwat (sombong) itu tidak pernah wujud dalam hidup saya (disebabkan jarang berkongsi kisah peribadi buat tatapan umum)," katanya.

Ben ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Puma Malaysia X Al-Ikhsan yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.



Kata pelakon drama Sweet Dreams, ini adalah salah satu impiannya menjadi duta untuk satu jenama yang gah di persada dunia.

"Wow.. ini memang impian saya. Saya rasa ramai tau saya seorang yang aktif dalam fitness, jadi bila dapat bergabung dengan Puma dan Al-Ikhsan ini saya rasa semua orang mampu milik.

"Saya sering mengingatkan orang ramai untuk kekal sihat dan cergas. Ini adalah satu platform yang baik untuk saya sebarkan kesedaran (awareness)," katanya lagi.


#peminat #Ben Amir #Peribadi #Eksklusiviti
;