GEGAR VAGANZA 6
"Tak Gila Mic & Tak Terkinja-Kinja" - Netizen Puji Sikap Profesional Bos Susu Farm Fresh!
Pertama kali menaja rancangan hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Azmi Zainal mendapat pujian netizen.
Menerusi tweet yang dilayangkan oleh netizen, rata-rata memuji dan mengagumi tindakan bersahaja Azmi atau lebih dikenali sebagai bos susu sepanjang 11 minggu siaran GV2019.
Malah, sikap profesional Azmi turut mendapat sokongan netizen seandainya syarikat tersebut meneruskan tajaan GV pada masa akan datang.
"En Azmi dari Farm Fresh ni patut jadi contoh para penaja.
"Tak gila mic, tak gila naik stage, tak terkinja-kinja, tak ada kontrovesi.
"Bercakap bila slot dia tiba, tak rampas mic pengacara. Kudos Farm Fresh," tulis salah seorang pengguna @muhdnaimmustafa di akaun Twitternya.
Pengguna itu antara lainnya berkongsi keunikan jenama susu berkenaan yang punyai sebuah kilang memproses susu segar di Pahang.En Azmi dari Farm Fresh ni patut jadi contoh para penaja. Tak gila mic, tak gila naik stage, tak terkinja-kinja, tak de kontrovesi.Bercakap bila slot dia tiba, tak rampas mic pengacara.Kudos Farm Fresh.? pic.twitter.com/3tpGZwByHf— Naim Mustafa | ?????? (@muhdnaimmustafa) December 22, 2019
"Kilang Farm Fresh berada di Muadzam Shah, kampung saya. Hari itu kahwin pun photoshoot depan kilang dia.
"Sebab kawasan itu cantik. Macam New Zealand," pujinya.




Farm Fresh, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu tempatan merupakan penaja utama GV2019.
GV2019 pada Ahad lalu telah menobatkan Hady Mirza dan Naqiu Boboy sebagai juara bersama program itu tahun ini sekali gus melakarkan sejarah punyai dua pemenang dalam satu pertandingan hiburan.
GV2019 telah bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Bagi yang terlepas, dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
Must-Watch Video