HIBURAN
Tak Guna Kabel! Anak Nabil Ahmad Nayla Mikayla Lepas Ujibakat Pengacara The Chosen One XTRA - "Saya Simpati Juga Lihat ..."
Pengacara Nabil Ahmad tidak menganggap peluang yang diberikan kepada anak sulungnya iaitu Nayla Mikayla sebagai ‘support sister’ dalam program The Chosen One XTRA bukan dibawah pengaruhnya.
Jelas Nabil, anaknya itu tetap menjalani ujibakat sebelum terpilih untuk menjadi teman sokongan buat peserta yang bertanding.
“Saya bersyukur Mika dipilih, bukan senang nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki dalam industri.
Jelas Nabil, anaknya itu tetap menjalani ujibakat sebelum terpilih untuk menjadi teman sokongan buat peserta yang bertanding.
“Saya bersyukur Mika dipilih, bukan senang nak dapat peluang untuk menjejakkan kaki dalam industri.
“Kadang-kadang saya simpati juga melihat anak orang lain buat macam-macam untuk rebut peluang masuk ke dalam industri. Usaha yang mereka letakkan memang dahsyat.
“Jadi bila Mika dapat peluang ini, saya memang sangat-sangat bersyukur. Tapi dia tetap kena pergi uji bakat, proses dia sama macam orang lain dan dia juga kena masuk kelas bersama Datuk Aznil Nawawi,” katanya kepada Gempak.
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekspres yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Pada masa sama, pengacara itu mengakui dia berasa lega apabila melihat kemampuan Mika mampu melaksanakan tugasan diberi dengan baik.
Katanya, Mika sebelum ini sudah menunjukkan minat untuk menjadi pengacara dan sebagai seorang bapa, dia sentiasa memberikan sokongan.
Namun, dia juga mahu anaknya belajar dan memahami betapa susahnya untuk mencari rezeki.
“Walaupun bayaran mungkin tak tinggi, tapi yang penting saya nak dia rasai sendiri pengalaman dan dapat gambaran macam mana susah payah saya mencari duit.
“Saya nak bila dia melangkah ke dunia pekerjaan kelak, dia dah ada pengalaman itu. Jadi banyak lagi cabang yang boleh dia terokai selepas ini,” ujarnya.
Meskipun tidak pernah menghalang Mika menceburkan diri dalam bidang seni, pelawak itu tetap mahu memastikan anak perempuannya memberi keutamaan kepada pelajaran.
Jelasnya lagi , impiannya adalah untuk melihat Mika menggenggam segulung ijazah dan memperoleh pekerjaan yang baik pada masa depan.
“Bagaimanapun pelajaran tetap nombor satu. Macam mana penat sekalipun ken bersiaran langsung pada Ahad, Isnin tetap kena pergi sekolah macam biasa.
“Saya tak mahu Mika abaikan pelajarannya. Platform ini hanyalah sementara saja untuk bantu Mika supaya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan berani.
“Saya tak ada pelajaran dan sijil, saya cuma ada kerja ini saja. Jadi saya tak nak dia jadi macam saya.
“Saya nak tengok Mika masuk universiti dan nak dia belajar jadi doktor ataupun jurutera. Industri seni pula hanyalah platform untuk dia belajar mengenai kehidupan,” katanya.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.