Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Habis Viral Lagi, Lagu Tiara Versi Hindustan Pula Muncul! Try Layan Best Ker Tak?

Amri Hassan
05/04/2023 12:52 MYT
Lagu Tiara ciptaan M.Nasir yang popular pada tahun 90-an oleh kumpulan KRIS telah mendapat perhatian sekali lagi apabila dirakam semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar dan kemudian P.Radhi dalam versi P.Ramlee pada tahun 2022.

Irama muzik Hindustan 90-an!

Memandangkan sambutan yang sangat hangat kepada lagu Tiara, Luncai Emas menerima idea dan cadangan daripada Wan Dillhanaridz, penggubah lagu Tiara ala P.Ramlee untuk menerbitkan lagu Tiara dalam versi Hindi pula.

"Saya mencadangkan Tiara dirakam dalam versi Hindi kerana saya amat yakin lagu Tiara sangat sesuai diadaptasikan ke irama Hindi kerana melodinya sangat indah.

"Saya menggubah lagu Tiara mengikut muzik era 90-an lagu-lagu hit Hindi. Susunan muzik ini mengambil masa dalam 4 hari untuk mendapatkan intro dan interlude lagu bagi mendapatkan mood Hindi.

"Setelah dipersembahkan rakaman awal kepada rakan-rakan Hindi terdekat serta peminat tegar lagu-lagu Hindi, saya mendapat feedback yang sangat memberangsangkan. Mereka rasa apabila mendengar lagu ini ianya adalah muzik yang dirakam di India," katanya.

Duet Tiktokers Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan

Sahara, itulah judul diberikan untuk lagu Tiara dalam versi Hindi dan memilih lagu terbabit untuk dinyanyikan secara duet oleh Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan yang aktif di TikTok.

"Sahara ini sesuai untuk didendangkan secara duet kerana ia mempunyai 3 interlude seperti lagu-lagu Bollywood lain," tambahnya.

Bagi Nadia yang kerap menyanyikan lagu-lagu Hindustan di TikTok, Sahara perlukan permainan emosi yang kuat untuk disampaikan.

"Saya perlu sampaikan emosi Tiara itu sendiri ketika rakaman kerana saya seorang yang ceria dan suka ketawa...

"Apabila bawa lagu Sahara ini adalah sedikit mencabar untuk saya, jadi saya mengharapkan semua yang mendengar dapat rasa apa yang cuba disampaikan," katanya.

Sementara itu, bagi Amirul pula, lagu Sahara mempunyai aliran melodi yang tenang, sedih dimana ia berubah mengikut irama yang dihasilkan.

"Sahara entah bagaimana sejajar dengan jiwa dan saya berasa begitu terhubung dengannya apabila saya menyanyikan lagu ini," ujarnya.

Untuk peminat lagu Hindi boleh dengarkan audio penuh Sahara oleh Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan Itunes Store sementara muzik video akan dilancarkan di youtube Luncai Emas tidak lama lagi.


#Bollywood #Cover #Hindustan #Tiara #Luncai Emas #Kris #Amirul Fadzuan #Nadia Fharshah
;