Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Hadap Nak Title Seniwati, Dalam Kubur Tak Disoal Semua Tu" - Win Jawapan Norish Karman Bila Kena Serang Netizen

Amri Hassan
05/09/2018 07:01 MYT
Pelakon Norish Karman punyai cara tersendiri apabila ada antara netizen yang mempertikaikan gelaran seniwati yang diberikan peminat kepadanya.

Tegas Norish, dia tidak pernah mengejar gelaran dan anugerah sebaliknya berbangga dengan pencapaian yang diraih dalam industri seni hingga kini.

"I am not 'hard up' and never cared for Seniwati titles or awards at all in my life, I am good enough as THE NORISH KARMAN.

"Dalam kubur tak disoal semua tu!" tulis Norish menerusi Instagramnya.

Relekk @_mrs.pratt_ yg poyo lagi penakut guna accnt hanya utk attack my fans apehal ???? ?dorang semua ni takde niat ape ,hanya sekadar ejaan salah,and im NOT hardup and NEVER cared for Seniwati titles or awards AT ALL in my life i am gd enuf as THE NORISH KARMAN ?dlm kubur tak disoal semua tu? kamu sakitnya dimana siihh ??meh sini kami ubatkan hati hitam tu?semak dlm IG org nak jadi corrector U ingat U liquid paper corrector ke per ?? takyh nak didik sgt .. ni contest haffy2 je bukan ada ape2 award ke NO harm dine to anyone BUT seems its affec to ur brain ehh..hahhaha belajar CHILLAXxx...? takyh kalut sgt weii @_mrs.pratt_ PrOtt ?? #buanghasaddengki #YouAttackMyPeopleUouAttackedMe?

A post shared by norishkarman (@norishkarman) on


Norish sebelum itu memuat naik poster filem Sayang Salmah yang pernah dibintanginya pada tahun 1995 bersama soalan trivia buat peminatnya.

Namun, apabila salah seorang peminat menggelarkan Norish sebagai seniwati, ada segelintir pengikut yang kurang bersetuju.

Sebaliknya, gelaran itu sepatutnya diberikan kepada Fauziah Nawi yang pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem tersebut.

"Ini contest haffy-haffy je bukan ada apa-apa award ke.

"No harm dine to anyone but seems it's affect to your brain eh. Belajar chillax, tak payah kalut sangat," tambahnya.
#Norish Karman #Fauziah Nawi #Sayang Salmah #Seniwati
;