Hiburan
Tak Hadir Pelancaran Lagu Kumpulan Zero, Atu Bagi ‘Hint’ Hubungan Adik-Beradik Seperti Tiga Abdul
Pelawak, Atu Zero hanya mampu tersenyum apabila ditanyakan mengenai ketidakhadiran dua abangnya yang juga pelawak, Syaiful dan Sharif ke sidang media majlis pelancaran single pertama Zero berjudul Tondu pada petang Jumaat.
Jelas Atu atau nama lengkapnya, Sharif Kunal Doli Sharif, dia enggan mengulas lanjut mengenai masalah sedang melanda diantara dia dan abangnya kerana penghujungnya mereka tetap adik beradik.
"Saya nak jawab panjang-panjang pun tak boleh sebab mereka tetap abang saya. Kalau mereka terbuka hati nak datang atau ada 'show', saya terima dengan hati terbuka.
"Saya tak berdendam atau marah. Sebab saya adalah adik, apapun mereka tetap abang, jadi kena hormat mereka.
"Kami tak berpecah, tapi bila mereka nak bersatu, saya terima. Hubungan kami macam filem Tiga Abdul, masing-masing ada ego sendiri.
"Tapi, Syaiful dan Sharif berada di Brunei sekarang. Sepatutnya program di Brunei perlu hadir bertiga, tapi saya ambil keputusan untuk kesini," katanya.
" katanya.
Atu ditemui media semasa majlis pelancaran single Tondu pada Jumaat.
Atu juga berkongsi dimana pelancaran single berkenaan perlu dilakukan hari ini kerana telah mengambil masa terlalu lama untuk dilancarkan.
Pada masa sama katanya, hubungan mereka tidak mengganggu perjalanan promosi single Tondu memandangkan Syaiful dan Sharif turut mempromosikannya di media sosial.
Dalam pada itu Atu berkata, perbelanjaan untuk pembikinan single Tondu adalah 100 peratus hasil duitnya sendiri.
"Saya ambil kira-kira RM20,000. Semua hasil usaha duit saya seorang.
"Saya buat single Tondu ini menggunakan modal saya, dari awal hingga akhir. Mujur dibantu oleh Nova Music," tambahnya.
Lagu Tondu merupakan ciptaan komposer Zai Hamzah bersama Hemo, manakala lirik dihasilkan oleh Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88.
Sekadar info, Tondu dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud perempuan.
Must-Watch Video