“Tak Haram Ya”- Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Tak Boleh Pakai Chopstik

Mya Amri
November 12, 2021 04:37 MYT

Pelakon Adam Corrie berharap orang ramai dapat menghormati budaya pelbagai kaum di negara ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Adam memaklumkan dia pernah ditegur kerana makan menggunakan chopstik walaupun selepas memeluk agama Islam.

“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.

Jelas Adam lagi, kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan oleh orang Cina.

“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah.

“Bukan sebab gelojoh.Bezakan antara budaya dan agama. Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan.

“Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai ‘chopstick’ lah, budaya bangsa sendiri,” katanya.

Sekadar info, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

Adam juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada 2017.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Islam #Adam Corrie #Budaya #Chopstik