Laman Utama

Tak Hirau Kecaman, Sharifah Rose Syukur Masih Terima Tawaran Berlakon

gempak
Syafiqah Jalal
16/02/2022
22:54 MYT
Sponsor Banner
Tak Hirau Kecaman, Sharifah Rose Syukur Masih Terima Tawaran Berlakon
Instafamous popular dan pelakon, Sharifah Rose, 23, akui tidak menghiraukan kecaman dan kutukan mengenai lakonannya selama ini.
Malah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira nekad menceburi bidang lakonan dengan niat untuk menimba ilmu.
"Dengan segala yang pernah berlaku itu (dikecam netizen), sebenarnya saya banyak belajar dan bersemangat memperbaiki kelemahan dalam lakonan. Sekarang pun, saya masih belajar lagi.
"Saya syukur meskipun begitu saya masih menerima tawaran berlakon. Niat saya hanya satu untuk belajar. Jadi, saya okay saja dengan setiap komen diberikan itu kerana suka orang tegur apa yang kurang,” katanya.
Rose ditemubual dalam sidang media virtual 3 Nota Cinta sebagai watak utama yang dalam drama tersebut.
Terdahulu, Rose pernah dikecam netizen kerana dikatakan tidak pandai berlakon dan diterima hanya kerana rupa dan populariti.
Rose juga memberitahu bagi mengasah bakat lakonannya dia juga ada mengambil kelas lakonan.
"Pembabitan saya dari awal dalam kerjaya ini pun hendak belajar dan saya juga pernah memasuki kelas lakonan untuk menimba ilmu.
“Tapi, sekarang jadual penggambaran saya agak sibuk, jadi tidak sempat untuk menghadiri kelas lakonan sebelum penggambaran bermula, " ujarnya.
Selain Rose, 3 Nota Cinta turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Wani Kayrie dan ramai lagi.
Saksikan juga drama bersiri terbaharu Tetuan Ang dan Rahimin yang dibintangi oleh Daiyan Trisha, Rashidi Ishak, Ben Amir dan ramai lagi setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live