Berita
“Tak Hygiene Langsung, Musim COVID-19 Ni Tak Takut Ke?”- Gara-Gara Tunjuk Cara Masak Asam Pedas, Zarina Zainuddin Dikecam!
Gara-gara memuat naik video cara memasak asam pedas di akaun Instagram miliknya, pelakon Zarina Zainuddin diserang seorang netizen yang menuduh dia tidak menjaga kebersihan.
Menerusi entri tersebut Zarina menunjukkan dirinya di dapur sedang memasukkan satu-persatu bahan memasak asam pedas ikan jenahak termasuk daun kesum.
Namun, perkara terbabit tidak disenangi oleh seorang pengikutnya yang tiba-tiba menuduhnya tidak membasuh daun kesum itu sebelum memasaknya.
“Kenape daun kesum tak cuci satu persatu, tak hygiene langsung, sedang musim Corona virus ni tak takut ke?” komen netizen tersebut.
Pengikut itu bagaimanapun dihentam kembali oleh netizen dan pengikut lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan cara tegurannya.
“Masing-masing cara lain-lain kan... Tapi tak payahlah nak kondem-kondem orang lain
“Apa kaitan corona dengan daun kesum pula ni?
“Ni mesti otak selalu fikir negatif ni..,” antara komen balas netizen lain.
Pun begitu, Zarina dilihat hanya mendiamkan diri dan tidak membalas komen tersebut.
Must-Watch Video