Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Ingin Dikaitkan Dengan Bekas Suami, Nadia Brian Nak 'Move On' Tanpa Gangguan

Zulaikha Yusof
06/04/2021 03:50 MYT
Selepas Nadia Brian, 31, mengesahkan penceraian dengan Muizz Nasruddin, pelakon itu memohon agar dia dan keluarga tidak lagi dikaitkan dengan bekas suami.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata dia dan Muizz sudah boleh membawa haluan masing-masing dengan aman.

"Saya harap semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga saya dengan pihak sana.

"Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya sekarang ini adalah keluarga dan kerjaya. Terima kasih semua," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama Rudy Vs Jolie turut bersyukur kerana dia sudah 'dilepaskan' selepas digantung tak bertali sepanjang pergolakkan berlaku.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama gantung tanpa tali akhirnya saya sudah bercerai.

"Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik," tulisnya lagi.



Semalam, Nadia mendedahkan dia dan Muizz sudah sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

BACA: Jodoh Tak Panjang.. Nadia Brian & Suami Sah Cerai Talak Satu

Sebelum ini, menerusi sebuah laporan media, Nadia mengesahkan Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.


#cerai #Nadia Brian #Move On #Muizz
;