Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Jadi Tutup! Tapi Kalau Nak Lihat Biawak Di Pulau Komodo, Anda Harus Bayar Sehingga...

Hanafis Haris
02/10/2019 10:33 MYT
Perancangan untuk menutup Pulau Komodo sekitar Mac lalu nampak gayanya telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Cadangan penutupan diambil bertujuan mengelak kehadiran pelancong yang dianggap mengganggu habitat dan menimbulkan kesan negatif terhadap pembiakkan biawak komodo.

BACA: Anda Ada Masa Setahun Lagi Ke Pulau Komodo - Cepat Sebelum Terlambat!

Berikutan itu, pihak berkuasa Indonesia telah memilih untuk mengenakan bayaran yuran sebanyak AS$1,000 (RM4,157) bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak komodo di Pulau Komodo.

Menerusi laporan Astro Awani, sebagai langkah pengawalan, lawatan hanya dibuka kepada pelancong yang perlu membayar yuran keahlian pada kadar AS$1,000.

Ini merupakan peningkatan bayaran lebih 9,000 peratus dari kadar AS$10 yang dikenakan kepada setiap pelawat sebelum ini.

Untuk rekod, Pulau Komodo telah menerima 176,000 pelawat tahun lalu berbanding 44,000 pengunjung pada tahun 2008.

Pulau itu juga mempunya seramai 2,000 orang penduduk tetap.

Biawak komodo merupakan sepsis biawak paling besar di dunia dan mampu mencapai 3 meter panjang, mempunyai gigi tajam dan gigitan yang beracun.

Sumber: Astro Awani

#Viral #Indonesia #Viral #Komodo
;