Hiburan

Tak Jumpa Jodoh Lagi? Jangan Sedih, Boleh Cuba Dulu Nasi Kahwin Hari-Hari!

gempak
Hanafis Haris
10/07/2020
11:59 MYT
Sponsor Banner
Tak Jumpa Jodoh Lagi? Jangan Sedih, Boleh Cuba Dulu Nasi Kahwin Hari-Hari!
Menu nasi kahwin hari-hari secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai apabila ia viral di media sosial.
Semuanya gara-gara satu posting yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi MyRapidKL.
Menerusi posting berkenaan, MyRapidKL menceritakan kisah seorang pemuda bernama Jep yang sedang menikmati hidangan tersebut.
"Teringin makan nasi kenduri kahwin sendiri tapi tak jumpa jodoh lagi? Jangan bersedih kerana Jep pun sama, masih sendiri merenung masa depan yang nampak sipi-sipi.
"Untuk gembirakan hati, jom ikut Jep merasai keenakan nasi kahwin hari-hari yang terletak berhampiran Stesen MRT.
"Menaiki MRT ke Bukit Bintang, Jep keluar melalui Pintu F (Jalan Sultan Ismail) untuk ke gerai makan ini," kata pengendali akaun tersebut.
Menurutnya lagi, kedai berkenaan dibuka seawal jam 10 pagi dari hari Isnin hingga Sabtu.
"Nasi kahwin hari-hari menawarkan 3 jenis menu iaitu Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam dan juga Ayam Rose Terangkat.
"Dihidangkan bersama kuah dalca utara,acar & papadom, rasa nasi hujan panasnya yang cukup rasa benar-benar menggamit selera.
"Dengan harga RM8 satu set lengkap, didatangkan pula dengan air 'free flow', memang berbaloi.
"ABC di sini juga tidak kurang enaknya, memang 'on' bila makan ketika cuaca panas seperti sekarang. Mana lagi nak dapat ABC berharga RM3 di tengah ibu kota ni," katanya.
Posting berkenaan sehingga kini telah dikongsi lebih 4,000 kali.
Rata-rata netizen dilihat 'terliur' dengan gambar-gambar yang dimuat naik MyRapidKL selain turut terhibur dengan lawak yang diselitkan dalam posting berkenaan.
Anda boleh lihat posting tersebut dibawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live