Tak Kalah Gaya! Ini 10 Busana Marsha Paling Memukau Sepanjang AF Megastar

Amri Hassan
Oktober 25, 2017 11:00 MYT
Marsha Milan Londoh tampil dengan variasi busana yang sentiasa memukau pandangan audiens setiap minggu berlangsungnya konsert AF Megastar.
Sejak konsert Homecoming lagi, busana yang diperagakan Marsha sudah menambat hati audiens dan juri.
Marsha sebenarnya dibantu oleh 20 orang kru yang menjaga segala aspek persembahannya di pentas termasuk daripada segi penampilan.
Deretan pereka fesyen terkenal tempatan seperti Datuk Rizalman Ibrahim, Brian Khoo, Tengku Syahmi dan Mirol Jonit pernah membalut tubuh Marsha sepanjang lapan minggu konsert AF Megastar.
Kami kongsikan 10 penampilan terbaik Marsha sepanjang konsert AF Megastar 2017.
1. Pengenalan 24 Bintang AF Megastar
Marsha tampil dengan blaus moden dan dipadankan dengan palazo bertemakan warna putih sama seperti sesi fotografi AF Megastar tahun ini.
Pereka: Celine
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal
2. Konsert AF Megastar Homecoming
Kemunculan semula Marsha di pentas Akademi Fantasia membawa elemen nostalgik dengan menyanyikan lagu Untuk Terakhir Kali dan menyarung semula sebahagian daripada busana perkahwinannya rekaan Datuk Rizalman Ibrahim.
Pereka: Datuk Rizalman Ibrahim & Mirol Jonit
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal
3. Konsert 1: Lagu Yang Pernah Dinyanyikan Dalam AF
Marsha menyanyikan lagu Asmara sempena konsert pertama AF Megastar.
Memilih persalinan merah rekaan Mirol Jonit dan dipadankan dengan sarung tangan Datuk Rizalman, Marsha sekali lagi mencuri tumpuan dengan gaya berinspirasikan Jessica Rabbit.
Pereka: Mirol Jonit
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal & Juno Ko
4. Konsert 2: Rock
Mendefinisikan rock dalam rendisi sendiri, Marsha memilih jaket rekaan Tengku Syahmi untuk konsert minggu itu.
Biarpun mendapat komen negatif juri berkenaan penampilannya, Marsha membuktikan glamor rock masih mencuri hati dan membuka mata tentang variasi dunia fesyen.
Pereka: Tengku Syahmi
Penata gaya: Tym Fatimah & Areena Jefri
Solekan & rambut: Jijie Zainal & Jija Anuar
Tatarias kuku: Nais and Claws
5. Konsert 3: Mahakarya
Rendisi lagu Terlalu Istimewa (nyanyian asal Adibah Nor) dinyanyikan penuh penghayatan oleh Marsha. Busana rekaan Dsquared2 menyerlahkan lagi persembahan Marsha.
Pereka: Dsquared2
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal
Aksesori kepala: Datuk Rizalman
6. Konsert 4: Ikon
Memilih ikon Anita Sarawak, Marsha tampil dengan gaya ranggi dalam dress putih dan legging kelabu. Uniknya, busana yang dipakai Marsha minggu itu hasil kombinasi daripada koleksi peribadinya sendiri.
Pereka: Koleksi peribadi
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal & Cherina Othman
Tatarias kuku: Nails and Claws
7. Konsert 5: Lagu duet & Juara Carta
Slot pertama Marsha menyanyikan lagu hit Sam Smith berjudul Lay Me Down bersama Jaclyn Victor dengan menyarung busana rekaan Seth & Luna.
Pereka: Seth & Luna
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal & Kasih Cicie
Manakala, untuk lagu Menahan Rindu, Marsha memilih jumpsut daripada Logo Fashion.
Pereka: Logo Fashion
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal & Kasih Cicie
8. Konsert 6: Final AF Megastar
Marsha tampil mempersembahkan lagu Pilihlah Aku (Krisdayanti) dengan menyarung busana rekaan Brian Khoo dan dipadankan dengan blaus Faizzal Annuar.
Pereka: Brian Khoo & Faizzal Annuar
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal & CKay Liow
Untuk lagu baru berjudul Hilang, Marsha sekali lagi memberikan mandat kepada Datuk Rizalman Ibrahim untuk menutup tirai persembahannya.
Pereka: Datuk Rizalman Ibrahim
Penata gaya: Tym Fatimah
Solekan & rambut: Jijie Zainal
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @marshamilan, @tymfatimah
#Akademi Fantasia #Marsha Milan #AF Megastar #Marsha Milan