Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Tak Kering Gusi! Phua Chu Kang Bergelak-Tawa Di Kuala Lumpur, Peminat Pula Dapat Hadiah Ikan Emas, Ayam & Vakum Rumah

Ainun
27/10/2024 12:55 MYT
Sebut nama Phua Chu Kang pasti akan mengimbau memori zaman kanak-kanak bagi yang membesar dengan karakter ikonik berkasut but kuning.

Watak sitkom popular Singapura ini sekali lagi mencipta sejarah menerusi pementasan The Greatest Showman Phua Chu Kang di HGH Convention Center, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Pementasan dimulakan dengan paparan perjalanan kejayaan watak Phua Chu Kang, yang tidak hanya terkenal di Singapura tetapi juga di Malaysia. Phua Chu Kang masuk ke pentas dengan menaiki motor berkuasa besar!

Persembahan diteruskan dengan nyanyian Russell Curtis yang mendendangkan lagu tema filem The Greatest Showman bersama penari-penari hebat sebagai pembukaan.

Phua Chu Kang, atau nama sebenarnya Gurmit Singh, tidak putus interaksi dengan lebih 2,500 penonton yang hadir. Lawak-lawak spontan dan mencuit hati memeriahkan suasana, dengan sesi game bersama penonton.

Ada beberapa penonton bertuah membawa pulang hadiah lucu seperti ikan emas, ayam dalam sangkar, dan vakum rumah.

Acara diteruskan dengan persembahan komedi stand-up oleh Russell Curtis, menampilkan lawak-lawak berkenaan budaya campuran dan pengalaman keluarga India di Malaysia.

Turut mencuri perhatian, nyanyian lagu 24K Magic (Bruno Mars) sambil mengajak penonton menyanyi bersama.

Acara malam tersebut diteruskan dengan persembahan Rizal Van Geyzel, menyorot kisah hidup berbilang kaum serta pengalamannya beraksi di Manila, Filipina.

Pementasan malam pertama The Greatest Showman Phua Chu Kang berakhir dengan persembahan lagu I Got The Feeling oleh Phua Chu Kang dan Russell Curtis.

“Terima kasih kepada anda semua kerana hadir ke pementasan The Greatest Showman Phua Chu Kang pada malam ini. Selamat pulang dan selamat malam kami ucapkan kepada anda semua!” katanya.

BERITA TRENDING: Ariel Noah Bosan Menyanyi, 10 Bulan Habiskan Masa Di Rumah

BERITA TRENDING: Baim Wong Tuduh Curang, Paula Verhoeven: “Sebagai Isteri Saya Banyak Kekurangan…”

BERITA TRENDING: Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia - “Mohon Sedekahkan Al-Fatihah Untuk Bapa Saya”

BERITA TRENDING: Perintis Sitkom Terkenal, Othman Hafsham Dinobatkan Sebagai Tokoh, Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang ASA 2024

#Rizal Van Geyzel #Gurmit Singh #Phua Chu Kang #Russell Curtis #The Greatest Showman Phua Chu Kang
;