Hiburan
“Tak Kira Status Apa Pun, Kalau Orang Nak Mengata Tetap Mengata” - Sophia Albarakbah Tak Risau Berlakon Dengan Fattah
Pelakon, Sophia Albarakbah tidak melihat kerjasama dalam sebuah drama bersama aktor Fattah Amin bakal mencetuskan spekulasi liar.
Lebih fokus pada kerja
Menurut Sophia, status seseorang pelakon yang akan digandingkan dengannya sama ada dalam drama atau filem bukanlah menjadi satu masalah buat dirinya.Sebaliknya dia lebih memfokuskan tentang kerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dengan profesional.
“Tak kira apa yang saya buat, betul atau salah ke tetap ada orang memilih untuk mengata. Jadi yang penting, tanggungjawab saya sebagai pelakon adalah menjayakan karakter yang diberikan,” katanya ketika ditemui Gempak.“Tak kira status apa pun, kalau orang nak mengata, mereka tetap akan mengata. Bagi saya, status seseorang sama ada bujang atau duda tidak akan memberi kesan kepada kerja atau karier saya. “Saya tak risau pun dengan kata-kata orang sebab kita masing-masing nak menjayakan watak.
Pernah berganding dengan Fattah
Mengulas mengenai kerjasama dengan Fattah, Sophia memberitahu mereka pernah digandingkan bersama dalam satu filem berjudul Mimaland sekitar lima tahun lalu.“Sebelum ini pun kami pernah disatukan dalam filem Mimaland pada 2019, ketika itu diawal pembabitan saya dalam bidang seni,” jelasnya.“Saya rasa bukan dengan Fattah sahaja, sesiapa pun pelakon lelaki, saya tak rasa status adalah satu isu yang perlu dirisaukan. “Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan ramai pelakon berbeza status, jadi tak menjadi masalah.
Terdahulu, nama Sophia pernah terpalit dengan kontroversi selepas didakwa intim dengan aktor Aliff Aziz ketika sama-sama membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Dalam perkembangan lain, Sophia bakal membintangi sebuah projek terbaharu bersama Fattah berjudul Aku Cinta Dia.
Drama ini juga akan disiarkan menerusi platfotm TikTok iaitu pendekatan baharu yang diperkenalkan Usanita Entertainment.
Must-Watch Video